Mengaku setiap kali anda ingin membeli sneakers, jenama seperti Adidas dan Nike yang menjadi tumpuan? Anda sanggup membeli sneakers sama berlainan rekaan dan warna. Anda kurang berkenan dengan jenama lain walaupun rekaannya lagi cantik.
Sekiranya anda ingin mencari sneakers baru, lihat beberapa jenama underrated yang kualiti sama hebat jadi tidaklah anda asyik mengenakan sepasang Stan Smiths atau Airmax yang sama sahaja.
Reebok
Wanista sukakan setiap koleksi yang ditengahkan oleh Reebok. Lebih-lebih lagi jenama ini pernah berkolaborasi dengan penyanyi genit Ariana Grande, menggunakan khidmat supermodel Gigi Hadid, aktres Gal Gadot, serta beberapa bintang K-Pop ternama, menjadikan Reebok mula mendapat tempat di hati pengguna.
Puma
Puma adalah jenama sukan dari Jerman, terkenal dengan pakaian sukan dan pelbagai barangan sukan, yang diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1924.
Puma telah berusaha keras untuk memperluaskan pengaruhnya dalam gaya fesyen dan gaya hidup, melalui kerjasama dengan Solange Knowles, Alexander McQueen, Selena Gomez, Cara Delevinge, dan ramai lagi. Selain itu, melantik Rihanna sebagai pengarah kreatif baru untuk jabatan wanita.
Skechers
Ketika zaman sekolah, jenama Skechers cukup hits. Skechers dilahirkan di California pada tahun 1992 dan telah menjadi komersil sejak itu.
Miliki salah satu koleksi, apa yang penulis suka tentang Skechers ialah ia cukup selesa dengan kehadiran insole dari span, rasa seperti memijak tilam empuk. Kini, Skechers mengalukan kehadiran pelantun lagu Havana, Camila Cabella sebagai keluarga baru dan mengetengahkan koleksi Skechers Hi-Lite.
Fila
Jenama sneakers dari Korea Selatan (Fila Korea mengambil alih pada tahun 2007, tetapi jenama ini berasal dari Itali). Kini, jenama yang agak kelam sebelum ini tular di kalangan belia selepas comeback dengan trend chunky inspirasi tahun 90-an.
Paling terkini, kumpulan K-pop BTS diambil sebagai duta global. Makin laku keras la!
Berkenan pula penulis dengan koleksi klasik dari Reebok, warna putih nampak cool je…