Kecantikan luaran dan dalaman adalah dua faktor yang saling bergantung, khususnya dalam memilih produk makanan dan kesihatan. Kita sanggup menukar diet dengan mengambil makanan organik dan memastikan produk kebersihan rumah bebas dari bahan kimia.
Namun kita lupa tentang produk penjagaan kulit. Adakah ia juga dari produk organik atau bebas kimia?
Pendedahan kulit pada bahan toksik dalam jangka masa panjang membawa kemudaratan tanpa kita sedar. Biasanya ia akan dikaitkan dengan masalah kulit biasa seperti pori-pori tersumbat dan alahan kulit kemudian membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu gangguan hormon.
3 Bahan Toksik Utama Yang Perlu Anda Elak!
#1 Paraben (metil paraben)
Paraben ialah pengawet biasa digunakan dalam produk kecantikan. Ia diguna secara meluas kerana murah dan berkesan sebagai pengawet. Bahaya tentang paraben, ia boleh meniru estrogen seterusnya menganggu sistem hormon (endokrin). Walaupun diserap dalam jumlah yang sedikit, paraben tetap toksik merbahaya.
#2 Minyak Mineral (parrafinum liquidum)
Minyak mineral hasil sampingan petroleum selepas proses penyulingan gasolin. Sifat pelembut (emolien) digunakan untuk pelembab, losyen, produk kosmetik dan minyak kecantikan. Namun kandungan komedogenik dalam minyak mineral boleh menyebabkan pori-pori tersumbat sehingga muncul bintik hitam dan jerawat.
#3 Merkuri
Bahan toksik ini terkenal untuk produk pencerahan dan digunakan secara haram meluas dalam industri kecantikan kulit. Kesan singkat seperti kulit cerah, pengurangan melanin dapat dilihat namun dalam jangka masa panjang kulit anda terdedah pada racun merkuri.
Kenapa Harus Pilih Produk Organik?
Penggunaan produk organik mengurangkan risiko kepada kesan mudarat kimia dan kesan sampingan yang tidak diingini seperti kegatalan atau alahan. Malah dengan pengesahan ECO menjamin 95% produk dari bahan sumber semulajadi iaitu tiada GMO, paraben, nanopartikel, silikon, PEG, wangian sintetik dan bahan dari genetik haiwan. Proses menghasilkan produk menggunakan teknologi moden bagi menjamin keberkesanan dan sah untuk digunakan.
Selain itu, kebaikan alam semulajadi juga terjamin kerana produk boleh dikitar semula dan diproses kilang mesra alam. Nisbah bahan organik juga membantu mengekalkan ekosistem masa depan bumi. Anda bukan sahaja menyelamatkan kondisi kulit tapi juga alam sekitar!
Cara Pilih Produk Organik
Sebagai contoh, produk kecantikan organik Melvita ialah pelopor kecantikan sumber organik dari Perancis sejak 1983. Pakar dalam menghasilkan minyak tulen dan air dan jenama penjagaan kulit nombor satu di Perancis.
# Setiap botol produk dilabel dengan COSMEBIO dan disahkan oleh ECOCERT.
# Produk juga tidak membuat ujian terhadap haiwan menurut kriteria ONE VOICE.
# Dicetak juga pada produk bebas paraben, bebas pewangi dan bebas kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free).
# Produk biasanya dihasilkan dalam botol berwarna gelap dan boleh dikitar semula.
# Pengguna produk dari hasil organik biasanya berpuas hati dengan keberkesanan dan tiada kesan sampingan.
Kulit kita menyerap sehingga 60% dari produk yang disapu dan secara purata kita mengenakan sehingga 515 bahan kimia sintetik pada setiap hari. Melabur dan pilihlah produk yang bukan sahaja mencantikkan kulit malah baik pada kesihatan dan alam.
“Hijaukan” rutin penjagaan kulit anda – Melvita.
[Giveaway Wanista x Melvita]
Wanista dan Melvita berbesar hati untuk memberi set produk kecantikan organik Melvita terdiri dari Melvita Rose Extraordinary Water Serum-Lotion, Melvita Argan Oil dan Melvita Rose Floral Water.
Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah berdasarkan artikel diatas.
1. Nyatakan 3 bahan toksik yang perlu anda jauhi semasa membeli produk penjagaan wajah.
2. Dua (2) label yang terdapat pada produk organik ialah?
Hantar jawapan anda melalui email ‘Wanista x Melvita’ di submit@wanista.com besertakan nama penuh, alamat rumah dan nombor telefon.
Peraduan bermula 26 Julai 2018 sehingga 1 Ogos 2018.
Semoga berjaya!