Anda kenalinya melalui siri filem “Child’s Play”, anak patung menakutkan yang cukup kejam sehingga menghantui hidup.
Dilaporkan, Chucky akan kembali ke skrin kecil. Don Mancini, pencipta dan pengeluar filem seram “Child’s Play” telah mengumumkan melalui Twitter bahawa Chucky kembali ke siri televisyen tidak lama lagi.
— Don Mancini (@RealDonMancini) June 22, 2018
Mancini yang merupakan penulis asal siri francais Child’s Play, mengesahkan berita tersebut di laman Twitternya dengan imej GIF berserta kapsyen “Child’s Play the TV series. Do not adjust your set.”
“Kami merancang untuk menggunakan Child’s Play dalam tajuk. Kami ingin menegaskan bahawa siri ini akan lebih gelap daripada sebelum ini, lebih menakutkan dan menyeramkan.
“Kami sangat teruju dengan siri ini dan tidak sabar mahu meneroka dunia yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini,” jelasnya pada Bloody Disgusting.
OMG tak sabarnya!