Fesyen dahulu dan sekarang berubah-ubah, kadangkala ia berpusing semula mengikut peredaran masa.
Tentang fesyen muzim panas, di Malaysia memang sudah menjadi sepanjang tahun. Jadi memang tidak susah untuk mencari gaya pakaian yang sesuai dengan cuaca. Di barat inilah musim yang ditunggu-tunggu kerana kos untuk berfesyen lebih rendah dan ringkas.
Jom kita lihat apa agaknya fesyen musim panas terkini. Sekali-sekala kena ikut trend juga…
Jika dulu-dulu hanya memakai selipar jepun tapi kali ini digantikan dengan sliders selipar sarung dengan rekaan yang sangat ringkas tapi bergaya. Sliders mula menjadi perhatian dan dipakai semula sejak pertengahan tahun lalu.
Wanista pernah perkenalkan beberapa pilihan beg rotan yang anda boleh pilih. Baca: Trend Musim Bunga! 6 Online Shop Jual Beg Mengkuang Stailo. Sesuai dibawa untuk beriadah atau piknik bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dah bosan dengan baju bercorak floral? Tahun ini mainkan dengan jaluran melintang atau menegak.
Lupakan kaca hitam biasa. Kini ramai lebih berani bermain warna-warna terang pada aksesori mata. Pilih bingkai dan cermin kaca mata dari warna-warna color block.
Dah dapat belum idea untuk berfesyen dibawah sang matahari? Btw, jangan lupa pakai sunblock.