Pakar kata kebanyakan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap malam.
Umumnya pada waktu pagi, ramai yang akan menggunakan minuman kafien seperti kopi untuk meningkatkan kecergasan dan fungsi tubuh namun, tak semua orang mendapatkesan terbaik daripada kopi. Keadaan ini membuatkan badan memerlukan waktu rehat tambahan bila ada masa terluang. Cadangan Wanista untuk kamu dapatkan lima jenis bantal ini!
#1 King Eyes Mask Napping
Berfungsi sebagai bantal 2 dalam 1, King Eyes Mask Napping boleh digunakan pada kedua-dia belah untuk pelbagai posisi tidur yang lebih selesa biarpun secara duduk mahupun menelangkup muka. Ia berupaya menyokong bahagian leher, belakang kepala dan mata.
#2 Ostrich Pillow
Terdapat empat jenis rekaan versatile termasuklah Light, Mini, Go dan Original. Ostrich Pillow yang asli memiliki reka bentuk menyeluruh yang mungkin agak eksentrik -nampak lucu kerana berupa kepala makhluk asing, namun jika waktu rehat pendek yang selesa adalah apa yang kamu butuhkan, ia mungkin pilihan yang tepat!
#3 NapAnywhere
Bantal leher yang dijual di kedai biasanya terlalu kembung membuatkan bahagian belakang leher jadi tidak selesa ketika bersandar. Oleh itu penyokong leher NapAnywhere ini dicipta untuk beri lebih keselesaan bahkan, boleh dilaras mengikut bentuk rahang dan bahu seseorang. Tali yang disilang pada badan pula menghalang pergerakan penyokong leher ini selama kamu dibuai lena.
#4 The Trtl
Disebut sebagai “The Turtle”, bantal tidur ini mempunyai rangka menampung bahagian leher dan bahu pengguna. Boleh dilaras ikut keselesaan. Apa yang kamu perlu cuma membalut ia di keliling leher seperti skarf. Bantal ini boleh dilipat dan digunakan apabila kamu terdesak untuk tidur dalam posisi duduk.
#5 The FaceCradle
FaceCradle ini tak banyak beza dengan bantal leher yang lain. Namun istimewanya, FaceCradle boleh dimanfaat dalam lima cara dan sesuai untuk dimanfaatkan dalam penerbangan kerana boleh disangkut pada tempat duduk pesawat sebagai sokongan.
Kalau ikut nasihat Rasulullah s.a.w, boleh tidur selama 20 minit sebelum masuk waktu zohor. Tidur siang selama 20 minit atau dipanggil “Qailullah” itu akan bantu tubuh jadi segar dan cergas di malam hari. Tak percaya boleh cuba!
Selamat beramal ❤