Kebanyakan daripada kita menganggap usia 20 tahun ke atas itu seseorang perlu persiap diri untuk berhadapan dengan dunia sebenar yang penuh dengan onak dan duri. Usia 20 tahun ke atas itu perlu menjadi matang dari segala segi dan wajib memiliki kehidupan yang sempurna. SIAPA KATA?
Ramai kerap meracun diri dengan pemikiran-pemikiran negatif, sekaligus buat diri rasa kerdil dan tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi.
Untuk semua wanita yang berusia 20-an, ini nasihat untuk kamu dan sila elak memikirkan tentang…
#1 Kritikan Orang
Salah satu tanda kamu tak berkeyakinan adalah bila kamu terlalu fikir sangat apa yang orang lain cakap. Jika sesuatu itu buat kamu gembira… do it!
Hidup kita ni bukan untuk memuaskan hati orang je kerjanya. “Buat apa yang kamu nak dan gembira selamanya atau buat apa yang orang nak kamu buat dan menyesal selamanya”… WHICH ONE DO YOU PREFER?
#2 Gelabah Cari Pasangan
Bila tengok semua kawan-kawan dah kahwin tapi jodoh kamu entah ke mana. Ha, apa yang nak dirunsingkan sangat? Tak kisahlah umur dah lebih 25 sekalipun. Tak payah tergopoh-gapah jadi “Perigi cari timba”… Biarkan proses kehadiran jodoh tu jadi secara semula jadi dan apa kata, habiskan masa bujang ini untuk berseronok dan rasa bebas!
#3 Risau Dipulaukan
Kamu takut ketinggalan kerana tak mahu dipulaukan rakan-rakan. Berhenti buat sesuatu demi memuaskan perasaan orang lain. Kamu berhak menolak ajakan rakan-rakan jika kamu mahu bersantai dan berehat sahaja di rumah pada hujung minggu. Jangan biar orang memaksa kamu buat perkara yang kamu tidak rela.
#4 Benci Imej Diri
Tertekan dengan keadaan badan sendiri? Hentikan! Bila umur dah dalam lingkungan penghujung 20-an, kasihanilah diri dan buka ruang untuk anda berasa selesa hidup dalam badan sendiri. Usah fikir apa yang orang nak kata, pokoknya sejauh mana kamu yakin dengan diri kamu?
Pakai je apa yang kamu nak ikut keselesaan diri, berhenti ambil serius pandangan orang sebab kalau semua cakap orang kamu nak terasa, makin lama boleh naik gila tau?
#5 Kahwin Time!
Tak semua orang terima nasib baik yang sama. Jika belum sampai masa kamu mendirikan rumah tangga, kenapa perlu rasa tertekan? Pada akhirnya, nilai kebahagiaan hidup kita bukanlah terletak pada sebentuk cincin di jari manis. Nothing to be sad for…
#6 Plastik Tapi Aku Sayang Dia!
Semakin berumur, kelompok kawan-kawan yang ada dalam hidup kamu bakal berubah kerana tak semua orang akan kekal dalam hidup kita selamanya. Sedarlah bahawa kamu tak perlukan kawan-kawan yang tak tahu menghargai kamu.
Persahabatan perlukan usaha berkumpulan, jika salah seorang putus asa untuk memperbaikinya, mungkin sudah tiba untuk kamu move on.
#7 Dimanakah Duit?
Duit memang bernilai, tapi duit juga boleh buat kita berubah jadi angkuh. Ramai wanita 20-an jadi tak keruan bila fikir tentang kewangan diri. Umumnya, kamu akan menghabiskan separuh daripada nyawa untuk bekerja keras, jadi jangan sia-siakan usia muda untuk terlalu berfikiran serabut. Masih ada masa untuk kamu kukuhkan kewangan. Don’t worry!
#8 Nak Anak!
Cemburu dengan kawan-kawan yang kahwin awal dan sudah beranak-pinak? Memang seronok nampak orang dukung anak, bermain dengan anak, ambil gambar anak untuk tayang di Instagram tapi kalau belum tiba masanya untuk kamu, what is wrong with that? Percaya pada ketentuan Ilahi. Bila dan sampai masanya, kamu akan melahirkan juga.
#9 Aku Dah Tua Sangat Ke?
Kenapa perlu skeptikal sangat? Banyak rawatan dan produk terbaik di pasaran untuk halang penuaan, jadi kenapa perlu takut untuk meniti umur? Tak semestinya kamu kena perperangai dan berpakaian seiring dengan umur. YOLO!
#10 Hidup Mesti Ada Perancangan!
Pada lingkungan usia 20-an inilah masa untuk kamu fikir apa yang kamu nak capai dalam hidup. Ambil masa dalam usia 20-an untuk kenal diri sendiri, hargai diri, nikmati saat-saat kebebasan serta buat perkara yang membahagiakan diri. Tak perlu fikir tentang apa yang akan jadi 10 tahun akan datang sebab anda akan fikir tentang perkara itu sebaik anda melangkah maju and let it happen naturally okay?
Ambil masa untuk relaks, tak perlu serabutkan kepala dengan fikiran yang meracun diri. Selamat beramal! ❤