Sejak bergelar isteri Putera Harry, fesyen si cantik manis Meghan Markle sentiasa mencuri tumpuan lensa.
Sama ada mengenakan summer dress, suits, padanan skirt dan blouse, evening gown, semua mata tertumpu padanya. Ibu kepada Archie ini tahu nak menyuai padan sesuatu fesyen agar kena dengan acara dan gaya.
Dalam banyak-banyak item fesyen, kekerapan Meghan mengenakan tumit tinggi dari Manolo Blahnik BB Pumps juga manjadi bual bicara. Hal ini ada yang menyamakan citarasa fesyen Meghan sama seperti kakak iparnya, Kate Middleton.
Bukan satu warna tetapi bermacam warna ada dalam koleksinya yang menarik minat ramai wanita ingin miliki tumit tinggi sejenis itu juga.
Jom lihat padanan OOTD Meghan dengan Manolo Blahnik Pumps.
Biru Royal
- Foto – Pinterest
Biru
- Foto – Pinterest
Coklat Caramel
- Foto – Pinterest
Hitam
- Foto – Pinterest
Merah
- Foto – Pinterest
Nude
- Foto – Pinterest
Coklat Satin
- Foto – Pinterest
Hijau Tua
- Foto – Pinterest
Berbekalkan fizikal yang kurus dan tinggi, kulit sawo matang, setiap OOTD Meghan nampak effortless dan sofistikated. Wanita 39 tahun ini yakin melangkah dengan tumit tinggi. No wonder, dia diangkat menjadi ikon fesyen.