Para ibu dan bapa sekalian pernah dengar mengenai babywearing?
Okey, babywearing dalam Bahasa Malaysia adalah menggendong. Ia merujuk kepada perbuatan memegang atau membawa bayi dengan menggunakan carrier yang diletakkan atau diikatkan pada badan seseorang. Kebiasaannya carrier diperbuat daripada kain woven yang panjang.
Di Malaysia kini, ramai mulai sedar mengenai kebaikan dan kelebihan menggendong. Banyak manfaat sebenarnya menggunakan babywearing ni antaranya adalah si ibu atau bapa mudah dan bebas untuk berjalan atau shopping — jika dibandingkan dengan penggunaan stroller bayi, dan mudah juga untuk si ibu menyusukan anak. Selain itu, si anak juga mudah dan nyenyak tidur jika dikendong sedemikian. Perkara yang paling utama adalah, dengan penggunaan babywearing ini, ibu bapa dapat memantau keadaan anak mereka dan sentiasa dapat pastikan bayi mereka berada dalam keadaan selamat tidak kiralah semasa berada di rumah atau luar rumah.
Memahami keperluan babywearing, Bloom and Grow memperkenalkan produk baharu mereka Baby Tula.
Penggendong Baby Tula amat dikenali kerana tiga aspek ini;
Produk yang berkualiti
Diperbuat daripada 100% kanvas kapas dan fabrik berkualiti serta didatangkan dalam pelbagai pilihan corak dan warna untuk digayakan oleh si pemakai.
Keselesaan
Reka bentuk yang kemas dan boleh diubahsuai sepenuhnya dihasilkan dengan penuh teliti bagi menjamin keselesaan si pemakai dan si kecil, daripada bayi hinggalah kanak-kanak bertatih. Penggendong bayi ini boleh dipakai sama ada di depan atau di belakang dan ia memberikan sokongan optimum terhadap perkembangan tubuh bayi dengan tempat duduk posisi M yang ergonomik.
Fesyen yang bergaya untuk si kecil dan penjaga
Ia turut dilengkapi dengan penutup kepala yang boleh ditanggal bagi menyokong kepala bayi ketika sedang tidur, melindungnya daripada sinaran matahari atau angin, serta membolehkan ibu menyusu si kecil dengan selesa. Ia turut dilengkapi dengan poket hadapan untuk menyimpan barangan keperluan si kecil.
Selamat membaca! Semoga ia memberikan manfaat buat para ibu dan bapa sekalian.