Kita sedia maklum, sikap perempuan mahupun wanita sukar diramal dan kadang kala memeningkan kepala kaum adam, rasa kaum sejenis juga.
Ada orang kata perempuan adalah ‘makhluk pelik’ yang sukar difahami perangai dan sifatnya. Namun, sifatnya dalah seperti tulang rusuk, terletak ditengah-tengah. Bukan untuk dipuja keterlaluan, bukan pula dipijak dibawah tapak kaki. Wanita untuk disayangi dan dibelai seadanya, kerana mereka adalah insan yang akalnya satu.
Dan seperti dalam kehidupan seharian, ini 10 perkara yang dilakukan antara sedar atau tidak, adalakanya memeningkan orang sekeliling.
#1 Menggunting rambut di waktu anda dilanda krisis hebat dengan pasangan
Ada segelintir individu yang setiap ada krisis besar dengan pasangan, tiba-tiba ambil tindakan drastik dengan menggunting rambut. Malah, ada yang siap beritahu kawan-kawan “saya benar-benar memerlukan perubahan?”, tapi kenapa sampai nak gunting rambut.
#2 Mesej bekas kekasih untuk bertanya khabar
Ada sebab si dia menjadi masa lalu anda. Sama ada dia patahkan hati kamu atau kamu sendiri yang patahkan hati. Kamu tak seharusnya mulakan sesuatu yang telah tamat. Time for you to move one, okay!
#3 Cakap buruk mengenai kawan kamu
Kalaupun kamu tak suka kawan kamu tapi tidak perlu sampai bercakap buruk. Melainkan kamu memang tak mahu berkawan dengannya.
#4 Isi terlalu banyak makanan dalam pinggan
OMG! Depan mata semua nampak sedap, habis dilonggokkan dalam pinggan. Bila sudah ditelan semuanya, mula rasa bersalah menyelebungi dalam diri.
#5 Tidur lewat tanpa sebab
Tahukah semua, tidur lewat akan menyebabkan muka tua sebelum usia. Bila ditanya kenapa tidur lewat, jawapan mesti “tak buat apa-apa cuma tak boleh tidur’.
#6 Memakai kasut yang kamu sendiri susah untuk berjalan
Penulis banyak kali alami perkara ini, masa mencuba pertama kali memang rasa sedap dipakai tetapi bila mula pakai 1 hari, rasa semacam dan langsung tak selesa.
#7 Memakai mekap tanpa ke mana-mana
Ada sesetengah individu yang duduk rumah pun nak mekap, tak boleh kalau muka tanpa mekap. Pelik betul! Duduk rumah tak ada orang nak tengok pun.
#8 Badmood tak kena masa
Ini juga perkara biasa, sedang elok window shopping, entah rasukan apa, terus hilang semua mood yang pada awalnya happy. Kesian dekat orang yang teman, suasana tiba-tiba jadi suram tanpa sebab.
#9 Terlampau fikir apa orang akan fikir mengenai diri kamu
Hye wake up! People keep talking so ignore it! Bila ada yang tegur “kamu nampak lain, hari ini”, kamu terima dengan kening terangkat tetapi rupa kamu agak kelat.
#10 Bila merungut tak ada apa nak pakai
Setiap hari benda ini berlaku. Melutut, duduk, mendongak pandang ke almari dan merungut “nothing to wear”, padahal banyak baju yang masih ada price tag yang tidak disentuh lagi.
Setuju tak dengan penulis?