Sekarang ini Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, berdepan dengan skandal yang melibatkan pencerobohan data peribadi yang mencecah 87 juta pengguna di Facebook.
Tetapi bukan itu yang menjadi perhatian netizen tetapi wanita disebelahnya terkena tempias bahkan menjadi perhatian dunia kerana sebab yang tak semena ini.
Wanita di sebelah Zuckerberg dalam beberapa gambar di portal berita dunia telah dikenal pasti sebagai isterinya, Priscilla Chan. Walhal wanita tersebut adalah pembantu peribadi CEO Facebook itu sendiri, Andrea Besmehn.
Kapsyen pada gambar yang diambil oleh jurugambar AFP, Jim Watson menunjukkan “Mark Zuckerberg and his wife Priscilla Chan…”, jelas menunjukkan kesilapan di situ, walaubagaimanapun kini telah disunting.
Kesalahan itu mungkin dibuat sccara tidak sengaja, tetapi perkara tersebut dipandang serius di Amerika, lebih-lebih lagi tengah panas dengan isu stereotaip yang Asia dan Asia Amerika semuanya kelihatan sama.
Macam-macam hal….