Jika kelmarin kita digemparkan dengan pengumuman muflis jenama kasut antarabangsa Nine West gara-gara kebanyakan wanita masa kini tidak lagi gemar memakai kasut tinggi. Baru-baru ini Adidas tampil pula dengan koleksi sneakers baharu yang ranggi dan eksklusif, hanya untuk wanita.
Dipanggil Adidas Arkyn, ia memiliki reka bentuk vintaj moden bahkan, warna-warna yang diketengahkan dalam koleksi ini juga versatile dan sesuai dengan gaya hidup wanita masa kini yang minimal.
Untuk keterujaan semua, lima fakta menarik tentang AdidasArkyn baharu menurut Wanista.
#1 Kendall Jenner Jadi Model
Sensasi keanggunan Adidas Arkyn ini diserikan lagi dengan kemunculan Kendall Jenner sebagai salah seorang model dan duta.
#2 Rekaan Moden
Ketinggian tumit “neoprene” sangat menarik hati dan pastinya selesa kerana disertai teknologi midsole BoostTM manakala, bahagian luarnya (outsole) pulah dibuat daripada getah tahan lasak.
Tonton Video Pengenalan Arkyn oleh adidas Originals Untuk Musim Bunga/Panas 2018
https://www.youtube.com/watch?v=H2_q6SvP5us
#3 Bertali Ranggi
Untuk tampil gaya unik dan lari daripada kebiasaan, Adidas Arkyn memiliki perincian tali kasut yang diikat secara melintang dari sisi ke sisi.
Ia diselit pada plat plastik segitiga yang berfungsi sebagai lubang tali kasut serta tarikan memukau pada koleksi Arkyn musim ini.
#4 Buat Kaki Tampak Runcing
Disebabkan ia diperbuat daripada material jenis kait, secara selesa kasut ini mampu memeluk kaki pemakai dengan selesa. Biarpun perlu memakainya sepanjang hari.
Dalam masa yang sama, ikat tali kasut yang secara menyeluruh penuh di atas permukaan kaki dari sisi ke sisi juga secara tidak langsung bisa menampakkan ilusi kaki lebih runcing dan kecil.
#5 Gabungan Stail Terkini
Adidas Arkyn menggabungkan beberapa elemen hebat termasuklah stail, teknikal, kreativiti, budaya dll.
Secara keseluruhan, Arkyn boleh digayakan pada bila-bila masa dan dimana jua sambil menawarkan rekaan sneakers mewah berkelas. Bukan itu sahaja, ia turut disisip dengan picisan karaketer minimalis yang sesuai buat semua wanita yang utamakan keringkasan dalam gaya.