Ini mungkin fakta yang mengerikan bagi mereka yang suka makan, lebih-lebih lagi bagi yang obses untuk mengunyah snek. Nah, khabarnya kebanyakan snek dan makanan ringan yang dijual di pasaraya itu sebenarnya dibuat daripada ramuan berasaskan bahagian-bahagian tubuh serangga namun apakah itu benar?
Pada dasarnya, FDA telah pun membenarkan penggunana serangga sebagai sebahagian bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah produk makanan dan minuman. Jom Wanista huraikan…
#1 Dactylopius Coccus
Umumnya ia dipanggil Carmine, seranggan jenis Dactylopius Coccusbanyak digunakan sebagai pewarna merah dalam pembuatan gula-gula termasuklah Skittles, dll.
Ada masanya, bahan ini turut boleh dilihat muncul pada bahagian info ramuan jus-jus buah dna tanpa sedar, mungkin ramai dariapda kita telah menikmati gula-gula dan jus yang dibuat daripada seranggan. Opps!
#2 Kerria Lacca
Juga dimanfaatkan dalam pembuatan manisan seperti gula-gula. Jika makanan itu dilabel dengan ramuan “Shellac”, itu bermakna berkemungkinan besar ia adalah berasal daripada serangga Kerria Lacca betina.
Tujuannya adalah digunakan sebagai penyalut gula-gula yang rangup dimana gula-gula itu akan nampak lebih bersinar.
#3 Maggots
Shhh… FDA membenarkan sekurang-kurangnya 19 ekor maggots untuk berada dalam cendawan tin bersaiz 3.5-auns sebagai salah satu ramuannya. Okay, lepas ni makan cendawan yang segar sahaja okay?!
#4 Hama
Belum habis dengan cerita berengga, kini hama pula khabarnya turut ‘bersama-sama’ dengan maggots dalam kebanyakan makanan tin bersaiz 3.5-auns. OMG!
#5 Lipas
Selama ni kita asyik halau dan bunuh lipas supaya tidak menghantui rumah walhal, ia sudah pun berada dalam makanan kita tanpa sedar. Lipas katanya sering menjadi ramuan di dalam pembuatan bar coklat.
#6 Lalat Buah
Pernah lihat binatang kecil yang seringberetrbangan menghurung di keliling buah pisang anda atau apa sahaja buah-buahan yang ada di dapur anda tu? Yup! Lalat buah itu sering dijadikan ramuan dalam jus-jus bersitrus.
#7 Ulat (Caterpillars)
Belum sempat bertukar menjadi rama-rama, ulat bulu biasanya sering terkandung dalam sayuran sejuk beku yang dibeli di kedai-kedai terutamanya sayuran jenis bayam.
#8 Thrips & Aphids
Ulat atau serangga jenis “thrips” banyak terkandung dalam sayuran sejuk beku manakala “aphids” pula dugunakan dalam proses pembuatan minuman beer.
Jadi, setelah mengetahui semua ini… Ngeri ke tidak guys?!
Selamat beramal ❤