Perkataan moden dan teknologi tidak dapat dipisahkan dan lazimnya, lelaki lebih cemerlang bila berbicara tentang teknologi dan gajet.
Meskipun begitu wanita hari ini berpeluang sahaja menggayakan pelbagai gajet dengan cara yang paling kreatif kerana kini, ramai pereka bijak mencipta inovasi tersendiri dengan menggabungkan telknologi dan aksesori.
Wanista persembahan barisan gajet khas untuk wanita yang bukan sahaja memiliki fungsi hebat, bahkan stailo untuk dijadikan peneman gaya.
#1 Everpurse
Pernah terfikir tentang beg yang mampu mengecas phone? Katakan selamat tinggal kepada power bank kerana dengan adanya wrislet dan beg tangan dariapda jenama Everpurse ini, anda tak perlu risau lagi untuk kehabisan bateri telefon pada bila-bila masa dan di mana jua.
Sebelum ini Everpurse pernah bekerjasama dengan Kate Spade untuk hasilkan beberapa beg tangan dan wrislet yang dilengkapi poket telefon pintar yang mampu mengecas secara automatik tanpa menggunakan elektrik atau wayar.
#2 The MusicLens
Jika anda gemar memakai kaca mata hitam yang memiliki perincina yang vogue dan kelihatan mewah. Mungkin boleh cuba The MusicLens ini.
Kaca mata dengan fungsi bluetooth ini memiliki speaker yang dibina pada bahagian batang kaca mata malahan, baterinya bisa tahan sehingga 12 jam lamanya membuatkan pengguna mampu berhibur sakan dengan muzik kegemaran mereka sepanjang hari tanpa perlu mencacatkan penampilan dengan earphones atau headphones.
Terdapat dalam pelbagai rona neon pilihan termasuklah merah jambu, mint dan kuning.
#3 June UV Rays Tracker
Alat pengesan cahaya UV yang dipakai seperti gelang ini bisa memberi amaran kepada si pemakai sebelum kulit mereka terbakar.
Bisa mengesan sinaran UVA dan UVB, ini dapat membantu memantau kesihatan kulit anda termasuklah mencadangkan kadar maksimum sinaran UV yang boleh diterima kulit anda serta mengawal kulit daripada keterjejasan matahari baik di dalam atau di luar rumah.
#4 Michael Kors Activity Tracker
Bukan sahaja mampu menjejak kesihatan si pemakai, ia juga mampu mengawal permain muzik, menggera telefon pintar serta mengetip foto secara jarak jauh.
Sesuai untuk kegunaan bersama android dan iPhone, ini adalah gelang dengan rekaan memukau yang pasti menambat hati wanita moden yang meminati gajet!
#5 Rebecca Minkoff for Stelle Audio Clutch
Ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan warna, speaker atau pembesar mudah alih ini telah dimuatkan bersama di dalam beg kepit yang berperincian mewah.
Istimewa untuk wanita yang gemar berparti bersama teman, setiap kali menghadiri acara-acara keramaian tidka formal, jangan lupa untuk bawa sekali beg kepit Rebecca Minkoff ini kerana siapa tahu tiba-tiba tiada elekrik…
Jadi anda bolehlah menjadi penyelamat keadaan dengan menyambungan muzik pada telefon pintar kepada beg kepit unik ini. Tiada lagi halangan untuk anda dan teman berseronok walau di mana jua!
#6 HandCandy Ladybuds
Dah bosan melilit wayar earphones di leher sekaligus membuatkan gaya anda kelihatan selekeh seperti anak remaja yang masih bersekolah?
Gantikan earphones lama anda dengan “Ladybuds” daripada jenama Handcandy ini.
Selain berfungsi sebagai alat mendengar, ia juga boleh dijadikan rantai kerana wayarnya dihiasi manik pelbagai warna yang tampak versatile untuk digayakan sehari-hari!