Adakah anda jenis yang gemar menonton siri TV berbanding filem? Kalau begitu, anda sama geng dengan penulis.
Yang pasti setiap kali siri TV muncul, pasti akan ada satu karakter yang menyerlah selain daripada watak hero dan heroinnya. Sama ada kerana watak yang dibawa atau sekadar wardrobe yang dikenakan oleh karakter tersebut, sehingga mencipta fenomena.
Sebagai contoh, watak Rachel Green dalam siri Friends yang dibawakan oleh Jennifer Aniston, gaya rambut layered menjadi ikutan para remaja sehingga hari ini. Selain Rachel Green, siapa lagi watak fiksyen TV paling popular, bergaya serta ikonik sepanjang zaman?
Ini pilihan Wanista. Setiap satu punya stail tersendiri sehingga diangkat menjadi ikon bahkan ikutan anak muda.
#1 Rachel Green, Friends
Gaya rambut layered menjadi ikutan gadis remaja sehingga hari ini.
#2 Blair Waldorf, Gossip Girl
Watak Blair Waldorf lakonan Leighton Meester sering tampil bergaya dengan signature headbands. Katakan sahaja warna, reka bentuk, semuanya ada.
#3 Carrie Bradshaw, Sex and The City
Mungkin fesyennya agak keterlaluan tetapi watak tersebut yang menjadikan Sarah Jessica Parker sebagai ikon fesyen Hollywood.
#4 Jessica Day, New Girl
Penulis cukup sukakan fesyen Jessie – warna terang, gaun polka dots, stripes, flat shoes, kaca mata, menjadikan gaya gadis nerd cukup seksi dan tersendiri.
#5 Jill Munroe, Charlie’s Angels
Cuba tanya ibu atau ayah anda, mereka mungkin mengenali selebriti ini. Farah Fawcett adalah seorang pelakon yang memainkan watak Jill Munroe dalam siri Charlie’s Angels. Terkenal dengan gaya rambutnya bervolume, layered, untuk memberi kesan kerinting.
Yang mana paling korang suka?