Jika anda perasan, jelitawan Song Hye Kyo terlebih dahulu telah berkongsi berita bersama dengan jenama kecantikan Sulwhasoo di laman Instagram.
https://www.instagram.com/p/BgVM3b5n6cj/?hl=en&taken-by=kyo1122
Kini, secara rasmi, Sulwhasoo, salah satu jenama kecantikan Amorepacific telah mengumumkan aktres terhebat Asia, Song Hye Kyo merupakan muse jenama tersebut. Berkolaborasi dengan pelbagai kempen global Sulwhasoo, isteri kepada aktor Song Joong Ki ini bersedia untuk memberikan kerjasama terbaik.
Yang jelas, Song Hye Kyo secara harfiah dan kiasannya penggerak di sebalik populariti budaya Korea, lebih-lebih lagi dalam kecantikan. Beliau telah membuktikan dirinya sebagai pelakon hebat dalam memainkan pelbagai watak dalam drama yang mencipta fenomena seperti Descendants of the Sun, That Winter, the Wind Blows, Full House, Worlds Within dan pelbagai lagi.
Semoga Song Hye Kyo dan Sulwhasoo kekal sukses!