Sentiasa komited untuk menawarkan yang terbaik buat para pengguna, McDonald’s Malaysia dengan bangganya menampilkan dua menu baharu khas buat peminat hidangan burger yang berasaskan ayam dan daging lembu!
Lebih menarik, dua menu burger ini diangkat menjadi menu tetap McDonald. Ini termasuklah Smoky Grilled Beef Burger dan Hot N’ Crispy Chicken Burger yang akan mula dipasarkan di semua cawangan restoran McDseluruh Malaysia bermula 26 Mac akan datang.
Lebih mengujakan, sebelum ini, McD ada membuat kejutan sebagai gimik pelnvaran dua burger baharu ini dengan menyamar sebagai sebuah restoran antarabangsa dari negara barat yang kononnya bakal membuka cawangan di Malaysia.
Tetamu yang diundang untuk sesi merasa makanan itu tidak mengetahui bahawa ini hanyalah gimik semata dan mereka telah disajikan dengan tiga hidangan berperingkat termasuklah Smoky Grilled Beef Burger dan Hot N’ Crispy Chicken Burger. Kesmeua hidangan itu sediakan menggunakan ramuan asli McD namun tanpa sedar ketika sedang enak menikmati hidangan tersebut, tidak semena lampu menyala sambil memaparkan logo McD di skrin.
Tetamu semuanya terkejut dan tidak menyangka hidangan burger hebat itu adalah menu McD yang baharu! Burger Smoky Grilled Beef menyatukan rasa keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban bijan bakar. Manakala, Hot N’ Crispy Chicken yang menampilkan paha ayam rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeño yang membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.mcdonalds.com.my] atau lawatlaman Facebook rasmi McDonald’s Malaysia di [www.facebook.com/My.McDonalds].