Seperti biasa, Kardashian tahu bagaimana untuk menyediakan parti yang hebat, walaupun sekadar baby shower tetapi dekorasinya cukup cantik dan mempesona.
Khloe Kardashian yang mengandung anak pertamanya dengan pemain bola keranjang, Tristan Thompson, mengadakan baby shower di Los Angeles pada Sabtu. Minggu sudah saja, bintang realiti mendedahkan akan mengalu-alukan seorang bayi perempuan dan semestinya dekorasi baby shower ini dihiasi dengan warna merah jambu. Tak dapat bayangkan bertapa cantiknya warna merah jambu yang ditonjolnya.
“Baby shower dihiasi dengan ribuan bunga rona merah jambu daripada rose dan sakura, belon neon, paling unik replika zirafah dan gajah memenuhi setiap ruang,” jelas seorang sumber memberitahu E!.
Berlatar belakang bunga rose merah jambu, tempat terbaik untuk selfie.
Dilaporkan dekorasi baby shower direka oleh perancang perkahwinan Mindi Weiss dan Jeff Leatham.