Seperti kebanyakan orang, penulis juga punyai genre muzik kegemaran penulis. Lebih kepada R&B dan muzik-muzik balada, penulis kurang gemar dengan muzik yang berentak rancak. Untuk itu, boleh dikatakan ramai antara penyanyi yang diminati penulis kurang dikenali kerana kebanyakannya menghasilkan muzik sendiri atau lebih tepat dikenali sebagai independant artist.
Jom Wanista kongsikan lima orang penyanyi underrated yang memiliki muzik hebatdan patut dihargai.
#1 Daniel Caesar
Daniel Caesar adalah yang paling penulis minati! Nama sebenarnya adalah Ashton Simmonds dan lahir pada 5 April 1995.
Banyak menghasilkan karja muzik soul dan R&B. Antara lagu popular beliau adah berjudul “Japanese Denim”, “Best Part” dan “Get You”.
https://www.youtube.com/watch?v=uQFVqltOXRg
#2 Jorja Smith
Memiliki suara yang unik, beliau juga menggunakan nama sebenar Jorja Smith sebagai nama pentas untuk dikenali.
Berasal daripada Walsall, West Midlands, Jorja lahir pada 11 Jun 1997. Baru-baru ini Jorja penah memenangi anugerah daripada Brit Critics’ Choice Awards.
Antara lagu popular beliau adalah berjudul “Something In The Way dan “Let Me Down”.
#3 Bazzi
Bazzi atau nama sebenarnya Andrew Bazzi adalah penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat.
Lahir pada 28 Ogos 1997, beliau banyak menulis laguu sendiri dan antara yang popular adalah “Beautiful” dan “Why”.
#4 Tori Kelly
Nama sebenarnya, Victoria Loren Kelly dan lahir pada 14 Disember 1992 dan berasal dari Wildomar, California.
Nama beliaumula menjadi perhatian sewaktu menyertai pertandingan nyanyian realiti American Idol biarpun baru sahaja berusia 16 tahun.
Antara lagu popular beliau adalah berjudul “Dear No One” dan “Hollow”.
#5 Jhene Aiko
Nama sebenarnya adalah Jhene Aiko Efuru Chilombo. Lahir pada 16 Mac 1988 dan juga merupakan singer-songwriter dari Amerika Syarikat yang berbakat walau tidak dikenali ramai.
Antara lagu beliau yang mendapat sambutan termasuklah “While We’re Young” dan “All I Want”.
Bonus!
Lauv
Penulis mula mengenali beliau semasa hadir ke Konsert Ed Sheeran penghujung tahun sudah di mana Lauv atau nama sebenarnya Ari Staprans Leff yang berasal dari California ini adalah artis yang berpeluang membuat persembahan pembukaan sebelum konsert bermula.
Lahir pada 8 Ogos 1994, suaranya lain dariapda yang lain dan lagu ciptaannya juga boleh tahan sedap. Antara yang popular adalah termasukb “Easy Love”, “Paris In The Rain” dan “Adrenaline”.