Pereka fesyen terkemuka Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie selamat melancarkan koleksi #JovianMandagieForZalora yang juga merupakan untuk kempen #ZALORAYA2018.
29 koleksi ini digayakan dengan inspirasi dari negara matahari terbit, Jepun yang penuh dengan cetakan ombak Hokusai, Seigahai, Cranes, Asahona (dedaun rami), Shippou, Kiku (bunga kekwa) dan Sakura (bunga sakura).
Jika anda ingin kenali lebih lanjut tentang koleksi #EDObyJM ini, ikuti temu bual Wanista bersama Dato’ Jovian Mandagie menerangkan perincian mendalam… Sambil itu lihat juga enam koleksi yang berjaya mendamba hati Wanista.
1) Boleh terangkan, kenapa Dato’ Jovian memilih koleksi berinspirasikan Jepun?
Saya telah terbang ke Jepun pada tahun lepas dan sampai sahaja disana terus sahaja jatuh cinta dengan keindahan negara tersebut. Selain itu saya mendapati Jepun penuh dengan budaya dan apa yang lagi saya tertarik dengan kelembutan wanita Jepun. Bagi saya wanita Jepun juga menonjolkan sifat wanita timur yang bukan sahaja pada wanita Melayu.
Saya juga telah melawat melawat muzium dan studio pembuatan pakaian tradisi Kimono. Mereka turut mempunyai tekstil batik, songket yang disediakan secara halus (pembuatan tangan).
2) Difaham koleksi ini untuk Raya 2018, apakah elemen trend 2018 yang Dato’ letak dalam koleksi ini?
3) Dato’ biasa ikut trend fesyen Malaysia atau luar negara? Kenapa?
4) Biasa Dato’ tampil dengan pakaian, agaknya ada tak perancangan untuk keluar koleksi kasut atau beg tangan?
5) Gaya fesyen selebriti mana yang paling Dato’ Jovian adore?
Kalau street wear saya suka Scha Alyahya, elegan pula Bunga Citra Lestari dan gaya sopan Dato’ Siti Nurhaliza.
Dari keenam-enam koleksi yang menjadi pilihan Wanista, anda dapat lihat helaian pada struktur rekaan dan corak fabrik yang sepenuhnya diinspirasikan dengan Jepun. Koleksi ini juga menggunakan fabrik mewah satin bercorak, organza, crepe, mixed cotton, renda dan perincian broket. Bagi menambah aura mewah dan ekslusif diimbangi dengan warna biru lembut, tona tanah dan warna-warna terang cerah.
Koleksi Edo by Jovian Mandagie for ZALORA dijual pada harga RM551 hingga RM679 dan kini boleh dapatkan secara talian di zalora.com.my.
Tahniah Dato’ Jovian Mandagie!