Usia yang muda tidak menghalang untuk kulit anda terdedah kepada bahaya penuaan. Apabila saban hari terdedah kepada sinaran matahari kala di luar, habuk dan asap kotoran menyesak pori serta keadaan berpenghawa dingin di dalam pejabat yang mengeringkan tekstur kulit, semua ini alasan terbesar kenapa usia kulit tidak sepadan dengan usia sebenarnya anda bahkan lebih tua.
Seperti yang kita semua tahu, kulit adalah organ terbesar yang ada pada tubuh manusia dan masa yang sama kulit wajah adalah bahagian plaing sensitif dan perlu dibelai secara teliti. Sedikit sebanyak, penggunaan produk penjagaan yang berkualiti turut menyumbang faktor kepada kecantikan kulit yang abadi.
Bagi membuka peluang kepada para wanita memperbaiki dan memulih keadaan kulit yang semakin berusia, SK-II kini sedang giat menganjurkan penjelajahan SK-II Pop Up dari 26 Februari hingga 29 April 2018 di beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Konsultansi dan kaunseling kulit bersama petugas kecantikan SK-II adalah percuma malah setiap peserta juga layak menerima promosi pembelian Pitera Welcome Set ini pada harga RM239 sahaja!
Jangan ketinggalan untuk sertai kemeriahan berganda SK-II Pop Up di sekitar lembah Klang pada tarikh dan waktu berikut:-
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.sk-ii.com.my] atau lawat laman Facebook SK-II Malaysia di [www.facebook.com/skii.malaysia].