Berita baik buat para peminat tegar watak animasi comel, Hello Kitty! Koleksi brangan edisi terhad Hello Kitty anda mungkin akan bertambah dalam masa yang terdekat.
Bersempena dengan ulang tahun ke-50 sepatu PUMA SUEDE, Puma dengan bangganya akan membawa masuk beberapa item terbaiknya ke pasaran Malaysia.
Khas untuk para peminat sneakers ikonik PUMA SUEDE, rekaan eksklusif terkini ini adalah lebih segar dan ranggi!
Jangan ketinggalan untuk memiliki koleksi PUMA x Hello Kitty yang terdiri daripada pelbagai item fesyen termasuklah sepatu PUMA x Hello Kitty Suede Classic, beg jerut, set tracksuit dan banyak lagi.
Setiap satunya diceriakan dengan palet rona putih dan merah bahkan diselit juga motif dan ikon “kawaii” Hello Kitty rekaan untuk membangkitkan keterujaan si pemakai.
Jangan terkejut, PUMA x Hello Kitty Suede Classic juga terdapat dalam saiz kanak-kanak dan bayi tau!
Untuk keterangan lajut, sila klik [global.puma.com/en-my] atau lawat laman Facebook rasmi PUMA Malaysia di [www.facebook.com/PUMAMalaysia].
Koleski PUMA x Hello Kitty Suede Classic boleh dibeli pada harga dari RM210 hingga RM510 di semua cawangan PUMA terpilih seluruh Malaysia.