Selalunya orang menggunakan laman sosial Instagram dengan memuat naik koleksi foto yang cantik, unik, menarik untuk dipertontonkan kepada orang ramai tetapi jurutera ini sama sekali menolak semua itu. Dia dengan bangga mempersembahkan…
Just Sul adalah seorang jurutera berusia 44 tahun, seorang lelaki India yang mempunyai pengikut lebih 2.3 juta di Instagram sahaja. Dia bukan selebriti tapi bagaimana dia melakukannya? Dia banyak membuat video lucu yang memalukan, meniru aksi selebriti seperti Kylie Jenner, Justin Bieber, Britney Spears dan ramai lagi selebriti terkenal dunia.
Masalahnya cara dia berlagak menjadi artis tersebut sangat lucu dan original, itu yang membuatkan pengikut sangat sukakannya kerana ideanya yang cukup bernas.
https://www.instagram.com/p/39rJMqxR5w/?taken-by=justsul
Sekali anda tengok, anda pasti akan menggelengkan kepala dan tertawa. Cukup mencuit hati lagak si bapa ini.