Antara masalah paling besar yang sering melanda kaum wanita adalah kita takut untuk berterus-terang tentang perubahan yang dialami diri. Menganggap ‘perkara’ itu memalukan, kita lazimnya menyimpan sendiri tentang perubahan diri tersebut sehingga ianya berubah menjadi penyakit yang serius apabila sudah terlalu lama mengelak daripada terus berjumpa doktor atau pakar.
Selain masalah haid tidak teratur, perbezaan saiz diantara payudara kiri dan kanan atau kemusykilan berkenaan cecair keputihan yang sering keluar daripada faraj, ada satu lagi perkara yang sering menjadi tanda tanya kebanyakan wanita namun terlalu malu untuk mendapatkan pendapat tentangnya daripada doktor.
Ini adalah tentang gas faraj atau lebih mudah dijelaskan sebagai ‘kentut’ melalui kemaluan.
Apa Itu Gas Faraj?
Ia adalah berpunca daripada kandungan udara yang terperangkap dalam faraj -kemudian dilepaskan secara semula jadi (tanpa sedar) keluar tanpa bunyi yang terlalu jelas mahupun sebarang bau. Jelas sekali, kentut faraj dan ketut yang keluar daripada punggung adalah dua keadaan yang berbeza.
Adakah Keluar Angin Daripada Kemaluan Itu Normal?
Ya. Kentut atau keluar angin melalui faraj adalah perkara normal dan berlaku pada ramai wanita, terutamanya dalam kalangan wanita yang sudah berumur.
Konsep Kentut Faraj
Seperti kentut yang keluar daripada dubur, ia biasanya disebabkan tekanan dalam usus. Apabila anda makan dan terus menyumbat usus dengan makanan, anda sebenarnya menelan angin lalu menolak ia untuk sampai hingga ke pangkal usus sebelum angin tersebut bisa dilepaskan dalam bentuk kentut berbau.
Keadaan ini berbeza dengan kentut melalui faraj kerana angin tersebut bukanlah datang daripada rongga bahagian atas tubuh tetapi angin telah masuk menerusi bahagian rongga faraj kemudian terkumpul sehingga pada suatu ketika ia akan dilepaskan juga dalam bentuk gas namun, tanpa bau.
Punca Kentut Faraj
Seperti yang sudah diterangkan, angin telah masuk ke dalam tubuh menerusi rongga faraj tanpa disedari lalu terperangkap beberapa ketika sehingga ia keluar sendiri dalam bentuk gas tanpa bau.
Kentut faraj boleh terjadi ketika seseorang wanita sedang melakukan seks, saat bersenam, melakukan regangan atau dalam keadaan apa sekalipun yang melibatkan pergerakan tubuh.
Apa Kaitan Kentut Faraj Dengan Penyakit?
Untuk pengetahuan semua, kentut faraj secara amnya tidak ada kena mengena dengan masalah kesihatan seseorang wanita itu malah, ianya boleh dibendung dengan melakukan:-
- Senaman kemut (kegel) bagi menguatkan kembali otot faraj dan sekitar pelvik bagi mengelak serta memulih kelongaran faraj.
Kelonggaran faraj adalah punca utama mengapa angin senang masuk menerusi rongga faraj kemudian terperangkap sebelum dilepaskan dalam bentuk gas.
Adakah Kentut Faraj Membatalkan Wuduk?
Menurut artikel yang diterbitkan portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam mazhab Syafie dan Hanbali keluarnya angin dari qubul (kemaluan wanita/lelaki) adalah membatalkan wuduk. Sekalipun begitu jika seseorang itu dibalakan dengan penyakit sentiasa keluar angin, kencing, dan tinja, maka di sini terdapat rukhsah keringanan untuk solat walaupun keluar sesuatu daripada dua jalan kerana dianggap seperti darah istihadah:
- Hendaklah sedaya upaya menjaga taharahnya seperti memakai atau meletakkan sesuatu yang boleh menghalang hadasnya.
- Hendaklah bersegera mengambil wuduk apabila sudah masuk waktu solat fardu setelah menjaga taharahnya.
- Hendaklah bersegera melakukan solat tanpa bertangguh.
- Jika bertangguh lama sekira-kira melebihi kadar masa seseorang untuk menutup aurat, mendengar azan dan iqamah, menunggu jamaah, menentukan kiblat, berjalan ke masjid meletakkan penghadang solat (sutrah)
BACA: Bahana Rahim Jatuh: Cara Mengesan & Rawatnya Dengan Senaman ‘Kemutan’ Kegel