AirAsiGo.com mengumumkan bahawa mereka kini sedang menganjurkan kempen “Mobile on the GO”.
Bermula hari ini hingga 25 Februari nanti, log masuk ke akaun AirAsiaGo pada aplikasi telefon pintar anda untuk mula menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan berpatutan sekaligus meraih 5 kali ganda BIG Points!
Membuat tempahan secara atas talian menggunakan aplikasi telefon pintar ini adalah salah satu cara inisiatif yang bisa dimanfaatkan pengguna tanpa sebarang halangan.
Secara mudah, pengguna cuma perlu mencari dan memilih tiket mengikut tarikh yang dikehendaki tanpa perlu hadir sendiri secara fizikal ke kaunter tiket penerbangan mahupun melayari laman sesawang yang lazimnya lambat bertindak balas.
Hanya dengan beberapa klik, AirAsiaGo berupaya menawarkan anda tiket penerbangan yang bertepatan serta tawaran tempat penginapan yang ideal.
Promosi ini bukan sahaja ditawarkan untuk penerbangan domestik malah untuk penerbangan antarabangsa sekitar Asia termasuklah Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan, Maldives, Korea, Jepun dan banyak lagi!
Tempahan yang berkait dengan promosi ini hanya layak untuk penerbangan dan percutian dari 13 Februari hingga 30 Mei 2018.
Muat turun aplikasi AirAsiaGo sekarang untuk turut serta dalam pesta Big Points kali ini!