Kanak-kanak cilik Yusuf Iskandar dan ibunya Hanis Zalikha telah dipilih sebagai Duta baharu Anmum Essential. Menurut Pengarah Pemasaran Fonterra Malaysia, Karen Ong. Cara penjagaan Hanis terhadap Yusuf adalah faktor menarik minat untuk dijadikan sebagai duta dan sepadan dengan mesej Anmum Essential.
“Saya sangat berbangga dapat menjadi duta Anmum Essential kerana jenama ini mempunyai persamaan dengan impian saya untuk memberikan Yusuf nutrien-nutrien penting bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.” kata Hanis Zalikha selepas diumumkan secara rasmi sebagai duta baharu.
Kanak-kanak yang aktif yang sedang membesar memerlukan nutrisi optimum serta stimulasi yang betul untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial mereka. Gabungan stimulasi dan nutrisi penting seperti DHA dan Gangliosida sangat penting untuk perkembangan otak. DHA menyokong perkembangan otak sementara Gangliosida pula membantu menghubungkan sel-sel otak.
Apabila sel-sel otak berhubung, kanak-kanak akan lebih cepat berkembang dari segi memori, pembelajaran dan memahami perasaan.
Anmum Essential juga penaja utama untuk rancangan realiti pertama keluarga selebriti ini ‘My Little Heroes’ yang bakal ditayangkan di Astro RIA Saluran 104 pada hari Rabu, 31 Januari pukul 9 malam.