Tahukah anda bahawa mungkin penapis air di rumah anda tidak menapis air sebaiknya?
Bagi membantu hal sebegini, syarikat pakar terulung dalam bidang anti penuaan Nu Skin Malaysia melancarkan produk terbaharunya iaitu Penapis Air EcoSphere. Ia menandakan penyertaan syarikat itu ke dalam pasaran produk kediaman, sebagai penambahan kepada barisan produk kecantikan dan kesihatannya yang berkualiti tinggi.
“Kami berhasrat untuk membuktikan komitmen kami terhadap penghasilan sistem penapisan air yang unggul melalui Teknologi i4 UltraPure kami. Ia berupaya menjadikan air paip di rumah anda lebih bersih dan selamat untuk diminum oleh anda sekeluarga,” kata Naib Presiden Kajian dan Pembangunan Global Pharmanex, Dr. Mark Bartlett.
Menekankan 4 tahap teknologi penapisan ultra EcoSphere berkesan menghapuskan 99.9999 peratus toksin dan kotoran berbahaya.
Kartrij 3 dalam 1 yang mampu bertahan sehingga 12 bulan dan menampilkan ciri-ciri seperti mudah serta senang untuk diganti.
- Tahap 1: Lapisan Pra-Penapisan Polipropilena menyingkirkan zarah-zarah besar seperti habuk, pasir dan mendapan.
- Tahap 2: Bongkah Karbon Aktif Mampat menyingkirkan bahan enap cemar organik, kimia, klorin, plumbum dan zarah-zarah halus.
- Tahap 3: Membran Polieter Sulfon (PES) menghapuskan saki baki bahan enap cemar mikrobiologi.
Lampu UV terbina dalaman yang tidak perlu diganti secara berkala
- Tahap 4: Pada peringkat akhir tapisan, sinar UV daripada Cold Cathode Lamp UV Light akan menghapuskan serta membunuh semua virus, bakteria dan sista.
Penapis Air EcoSphere Nu Skin boleh didapati di pasaran bermula dari 16 Januari 2018 pada harga RM 4,147.00.