Sudah menjadi sebahagian dari jiwa seorang wanita untuk menyukai lagu romantik. Bait-bait lirik cinta yang jelas dan tersimpul kadang-kala buat kita jadi lebih rindu dan sayang terhadap insan yang istimewa.
Kerap penulis mendengar bingkisan lagu romantis yang dari negara luar, khususnya dari negara United Kingdom. Dari pendapat penulis, dari segi garapan muzik, vokal suara dan barisan lirik menjadikan lagu-lagu balada atau romantik mereka terbaik dari halwa telinga penulis.
Lihat sahajalah Adele atau Sam Smith, setiap kali mengeluarkan album atau single terbaru pasti menjadi hit dunia. Tidak perlu muzik video goyangan pinggul atau menayang jenama mewah, cukup dengan alunan muzik indah sudah mendamba hati.
Kalau anda jarang mendengar lagu-lagu romantis selain Ed Sheeran, mari kita dengar beberapa lagu romantis dari penyanyi British ini.
#1 Calum Scott – You Are The Reason
#2 James Arthur – Naked
#3 Jessie Ware – Say You Love Me
#4 Ella Henderson – Yours
#5 Jess Glynne – Take Me Home
#6 Labrinth – Jealous
Yang mana sudah jadi kegemaran anda?