Semalam, Oprah Winfrey menjadi tumpuan utama dengan ucapan beliau yang menyentuh ramai hati.
Tonton Ucapan Oprah Winfrey Di Golden Globe Awards 2018
https://www.youtube.com/watch?v=fN5HV79_8B8
Meraih gelaran sebagai personaliti televisyen wanita berkulit hitam pertama menerusi penerimaan anugerah Cecil B. DeMille di Golden Globe Awards 2018 tempoh hari, ia merupakan antara pencapaian terbesar beliau yang sememangnya banyak berjasa kepada industri hiburan Hollywood sejak 1976. Daripada sebagai seorang pembaca berita wanita berkulit hitam pertama untuk Nashville‘s WLAC-TV hinggalah berhasil menjadi pengacara untuk sebuah rancangan bual bicara sendiri iaitu “The Oprah Winfrey Show”.
Hari ini, Oprah telah banyak membuka mata masyarakat dari seluruh pelusuk dunia dengan ceritera penuh inspirasi, di samping memperkasakan hak-hak kebebasan bersuara wanita demi melihat dunia maju ke tahap yang lebih membanggakan.
Acap kali kita melihat selebriti berkulit putih mewarnai persada seni barat… dan memandangkan demam Golden Globe Awards masih belum berakhir, ini Wanista senaraikan anatra bintang kulit hitam popular yang pernah meraih anugerah di acara berprestij Golden Globe Awards.
#1 Sterling K. Brown [Best Actor] – 2018
Merupakan aktor berkulit hitam pertama mendukung anugerah kategori ini. Sterling memenangi anugerah itu menerusi peranannya dalam drama “This Is Us” sebagai Randall Pearson.
#2 Oprah Winfrey [Cecil B. DeMille Award] – 2018
Merupakan wanita berkulit hitam pertama untuk meraih anugerah ini dalam sejarah. Disampaikan oleh aktres Reese Witherspoon, Oprah juga tampil mengejutkan ramai penonton dengan ucapan penuh inspirasinya sebaik menerima penghargaan tersebut baru-baru ini.
#3 Tracee Ellis Ross [Best Actress] – 2017
#4 Moonlight [Best Drama] – 2017
Merupakan satu-satunya filem yang memenangi anugerah berprestij untuk kategori tersebut pada acara Golden Globe Awards 2017. Ia adalah filem yang melibatkan ramai pelakon kulit hitam.
#5 Taraji P. Henson [Best Actress] -2016
Menerusi drama bersiri Empire, bakat Taraji memang tidak dapat disangkal lagi.
#6 Common & John Legend [Best Original Song] -2015
Membawa pulang trofi Golden Globe Awards pertama masing-masing apabila dicalonkan untuk kategori lagu original terbaik berjudul “Glory” untuk filem Selma yang pernah meraih anugerah Oscar.#7
#8 Don Cheadle [Best Actor] -1998 & 2013
Pernah memenangi anugerah Golden Globe Awards dua kali untuk pelakon lelaki terbaik pada 1998 & 2018 menerusi drama komedi “House of Lies” dan “The Rat Pack”.
#9 Sidney Poitier [Best Actor] -1964
Pernah tercalon sebanyak lima kali tetapi hanya sekali memenanginya pada 1964.
#10 Louis Gossett Jr. [Best Supporting Actor] -1983
Pelakon pembantu terbaik menerusi filem klasik An Officer and a Gentleman.
#11 Denzel Washington [ Best Actor, Best Supporting Actor & Cecille B. DeMille] – 1990, 2000 & 2016
Jika Oprah adalah wanita kulit hitam pertama mendapat anugerah Cecille B. DeMille di Golden Globe Awards, jejaka bernama Denzel Washington ini pula adalah lelaki kulit hitam kedua yang pernah meraih anugerah itu pada tahun 2016. Beliau juga mendapat dua anugerah pelakon lelaki terbaik menerusi “Glory” dan “The Hurricane”.
#12 Morgan Freeman [Best Supporting Actor & Cecille B. DeMille] -1989 & 2012
Pernah dicalonkan sebanyak empat kali di dalam Golden Globe Awards tetapi hanya menang sekali sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Driving Miss Daisy pada 1989 dan dianugerahkan Cecille B. DeMille pada 2012.
#13 Jamie Foxx [Best Actor] -2005
Menjulang trofi Golden Globes pertama menerusi filem “Ray” setelah tercalon tiga kali.
#14 Eddie Murphy [New Star of the Year & Best Supporting Actor] -1982 & 2006
Meraih anugerah bintang baru terbaik pada 1982 serta anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi filem “Dreamgirls” pada 2006.
#15 Octavia Spencer [Best Supporting Actress] -2012
Pelakon pembantu wanita terbaik menerusi filem “The Help”.
#16 Whoopi Goldberg [Best Actress & Best Supporting Actress] -1986 & 1991
Mendapat dua anugerah di Golden Globe Awards, masing-masing pada 1986 dan 1991 menerusi filem “The Color Purple”dan “Ghost”.
#17 Bill Cosby [Best Actor] -1985 & 1986
Lagenda komedi ini pernah tercalon sebanyak lima kalidan tiga antaranya adalah untuk “The Cosby Show” namun beliau hanya memenangi sebnayak dua kali pada 1985 dan 1986.
#18 Halle Berry [Best Actress] -2000
Meraih anugerah Golden Globes pertamanya pada 2000 untuk filem “Introducing Dorothy Dandridge”.
#19 Queen Latifah [Best Actress] -2007
Queen Latifah adalah antara selebriti kulit hitam yang versatile kerana bukan sahaja berbakat dalam lakonan malah juga nyanyian dan pengacraan. Beliau memenangi anugerah Golden Globes pertama pada 2007 menerusi filem “Life Support”.
#20 Lionel Richie [Best Original Song] -1986
Menang untuk lagu original terbaik pada 1986 berjudul “Say You, Say Me” sebagai salah satu runut bunyi filem “White Nights”.