ASICS melancarkan satu edisi kasut larian jarak jauh baharu dari koleksi popular iaitu GEL-NIMBUS 20 bagi meraikan ulangtahun yang kedua puluh tahun. Ia merupakan model paling ringan dalam sejarah GEL-NIMBUS dan direka khusus untuk para pelari.
Kasut GEL-NIMBUS 20 yang baru direka dengan keselesaan kusyen dan ringan yang bertujuan memberi prestasi terbaik pelari dari mula hingga tamat. Model kusyen terutamanya untuk pelari neutral dan ‘underpronators, direka dengan pelbagai teknologi prestasi ASICS dan mempunyai daya penyerapan yang mengujakan dan rasa ringan pada setiap langkah.
Tapak kasut GEL-NIMBUS 20 dihasilkan dari FlyteFoam dilengkapi struktur Gradient Jacquard Mesh yang direka untuk mengenggam dengan lancar dan menyokong kaki sepanjang larian. Ciri baru di bahagian atas juga memberi padanan yang sesuai kepada kaki dan pengudaraan untuk pelari pada setiap langkah.
Harga bagi setiap pasang kasut larian GEL-NIMBUS 20 ialah RM649 dan boleh didapati di butik ASICS seluruh Malaysia. Layari asics.com/nimbus untuk maklumat lanjut.
https://www.youtube.com/watch?v=3XNC6Qslfno&feature=youtu.be