Untuk pengetahuan anda, komuniti muslim di Hong Kong semakin berkembang dan kini berjumlah kira-kira 22,000 orang, termasuklah 30,000 Cina Muslim. Selain menyediakan pelbagai variasi makanan halal, Hong Kong juga sentiasa ke hadapan dalam menyediakan kelengkapan terbaik untuk masyarakat Muslim, mempunyai kira-kira lima masjid di bandaraya moden, Kowloon Mosque dan Islamic Centre di Nathan Road adalah yang terbesar dan boleh memuatkan seramai 3,500 orang.
Baca: Cuba 4 Restoran Halal Ini Jika Berkunjung Ke Hong Kong. Berbaloi-Baloi!
Jadi, singgahlah di salah satu masjid ini untuk menunaikan ibadat harian anda dalam suasana yang berbeza.
Jamia Mosque
Jamia Mosque ialah masjid pertama dan tertua di Hong Kong dengan sejarah yang bermula pada tahun 1849 dan telah diubah suai pada tahun 1915. Masjid cantik ini terletak di kawasan perumahan di Mid Levels yag merupakan hab perumahan mewah di Central.
Ia berbentuk segi empat tepat, dengan gerbang di pintu masuk utama dan tingkap bergerbang gaya Arab pada setiap sisi. Menarik lagi, Jamia Mosque mempunyai rekaan yang hampir sama dengan masjid-masjid di Malaysia.
Kowloon Mosque
Kowloon Mosque terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ia adalah antara masjid yang terbesar di Hong Kong dan boleh memuatkan kira-kira 3,500 orang. Jika anda pergi ke sana, anda pasti akan bertemu dengan penganut Islam berbilang bangsa dari Arab hingga Asia, termasuklah dari Malaysia.
Ammar Mosque dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Tidak jauh dari daerah Causewaybay, anda akan menemui masjid ini yang kelihatan seperti bangunan-bangunan komersial lain di Hong Kong.
Masyarakat tempatan memanggilnya Wan Chai Mosque kerana kedudukannya yang strategik di 40 Oi Kwan Road, Wan Chai. Anda akan menemui pelbagai kemudahan di sini seperti perpustakaan dan kantin Islamic Centre yang terkenal kerana menyajikan hidangan Dim Sum Halal.
Selamat Mengembara!