Seorang jurugambar profesional dari Belanda, Roeselien Raimond telah menghabiskan selama 7 tahun mengambil gambar binatang liar terutamanya musang. Jurugambar wanita ini mula jatuh cinta pandang pertama pada alam semulajadi sejak 2010 dan sehingga kini tidak pernah betah mencari musang-musang liar untuk dijadikan koleksi gambar.
Menariknya, Roeselien berjaya merakam sudut cantik dan menawan musang. Dia memberitahu Bored Panda lagi,
“Anda tidak akan pernah tahu bila ia muncul, tetapi jika ia muncul secara tidak sedar anda akan terkesima melihat mereka.”
Menurut Roeselien lagi, setiap musang memiliki karakter tersendiri, ada yang pemalu dan ada juga yang gemar dirinya dirakam. Pada pendapat Roeselien, dia sangat bertuah kerana dapat mengenali makhluk ciptaan tuhan ini yang cantik serta mempunyai personaliti yang bijak.
Lihat sendiri kepingan gambar-gambar musang yang dikongsi Roselien untuk menjadi tatapan anda. Seronok melihat musang liar bermain salji!
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
BACA: Pasti Anda Terpegun Melihat 10 Gambar Terbaik Dunia Ini…
Kan dah cakap, musang ni lagi fotogenik dari kita semua!