Kini dengan selangkah perkembangan teknologi, Facebook akan memperkenalkan teknologi pengecaman wajah khas untuk gambar yang dimuat naik. Ianya khas untuk mereka mendapat notifikasi jika ada seseorang memuat naik gambar anda di laman tersebut walaupun tanpa di tag.
Ciri terbaharu itu akan membantu pengguna mengesan sekiranya orang lain mungkin menggunakan foto anda sebagai gambar profil mereka. Ia sekali gus mengurangkan kadar kes penipuan yang melibatkan akaun palsu menggunakan gambar profil orang lain.
Walaubagaimanapun ciri tersebut boleh dipadamkan mengikut pengguna di bahagian tetapan dengan syarat bersetuju untuk membiarkan orang lain menyimpan gambar wajah anda.
Tonton Video Demo AAT
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Privasi Facebook, Rob Sherman berkata, pihaknya akan menambah fungsi buka dan tutup kepada semua pengguna bagi membolehkan mereka mengakses kesemua ciri yang berkaitan dengan pengecaman wajah di laman terbabit.
Facebook juga menjelaskan ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia, kecuali di Eropah dan Kanada akibat susulan penguatkuasaan undang-undang privasi yang ketat.