Triumph Malaysia dengan bangganya menganjurkan Pertunjukan Fesyen tahunannya yang bertemakan ‘Find The One In Every You’. Koleksi Triumph Musim Luruh/Sejuk 2017 yang dipaparkan dalam Pertunjukan Fesyen 2017 ‘Find The One in Every You’ memaparkan rasa kemewahan dan hasil kerja jahitan yang terbaik.
Antara koleksi baru di pentas peragaan tahun ini adalah koleksi pakaian dalam premium yang dihiasi penuh dan yang direka dengan kain renda berbunga meregang yang menakjubkan dan sulaman yang sesuai dengan namanya, iaitu Florale. Pelbagai pakaian dalam yang menakjubkan ini menyertai keluarga Triumph di bawah siri Essence dan Triaction, melengkapkan tawaran yang sedia pelbagai bagi setiap keperluan pakaian dalam anda untuk apa jua acara.
Pakaian dalam yang ditonjolkan semasa pertunjukan fesyen tersebut bukan sahaja direka untuk memenuhi kehendak setiap lapisan umur, bentuk, saiz dan masa tetapi juga memenuhi semua permintaan seorang wanita di era ini. Yang pasti, sama ada anda berada di pejabat, di rumah, di gim atau sedang bersosial, Triumph akan membantu anda ‘Mencari Yang Satu Untuk Setiap Anda.’