Berita ini pasti mengembirakan dan membanggakan kepada para peminat Ed Sheeran. Penyanyi dan juga pemuzik yang berusia 26 tahun itu dianugerahkan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire) iaitu anugerah khas untuk Ed Sheeran dimana servis beliau terhadap muzik dan kebajikan. Mana tidaknya, bakat Ed Sheeran telah menjadi pujaan ramai dari segenap pelusuk dunia.
Semalam, Ed Sheeran berpakaian kemas dengan sut khas untuk menghadiri upacara penganugerahan tersebut. Jarang dapat melihat Ed dalam sut, biasanya beliau lebih ringkas dengan t-shirt, jaket plaid dan sneakers. Anugerah MBE adalah pilihan dari Ratu Elizabeth II sendiri dan kemudian diwakilkan oleh Putera Charles untuk merasmikannya kepada Ed Sheeran.
Semalam juga ialah hari yang menyedihkan buat Ed Sheeran kerana hari tersebut hari ulangtahun keempat kematian datuknya. Namun baginya ia tetap suatu yang ada musibah kegembiraan dan dia pasti datuknya sangat gembira dengan pencapaiannya.
Terdapat juga khabar angin mengatakan penyanyi muda ini bakal mengadakan persembahan istimewa untuk majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei tahun hadapan.