Poh Kong yang merupakan jenama brang kemas popular di Malaysia baru-baru ini tampil memperkenalkan koleksi barang kemas mereka yang terdiri daripada rekaan terkini yang pastinya lebih sensasi untuk pemakaian wanita hari ini.
Mengetengahkan konsep keabadian, antara rangakain koleksi yang diperbaharui adalah termasuk D’first serta Happy Love, Anggun, Tranz, Auspicious dan Hemera.
Untuk pengetahuan semua, D’First adalah koleksi barang kemas bertatah berlian rekaan istimewa Poh Kong. Ianya mampu milik dan pastinya berkualiti serta mudah disuai padan mengikut cita rasa wanita versatile. Mewah dengan aneka potongan menarik, antara yang mendapat perhatian adalah rekaan berlian yang berpotongan 8 hati dan 8 anak panah, menghiasi anting-anting, loket dan cincin.
Setiap satu perincian yang menghiasi koleksi Poh Kong kali ini adalah lebih berkelas dan rata-ratanya amat bersesuaian untuk menemani si pemakai sebagai aksesori signature, baik untuk ke acara santai mahupun formal.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.pohkong.com.my] atau alwat laman Facebook Poh Kong Jewellers [www.facebook.com/pohkongjewellers].