Melihatkan gaya hidup masyarakat masa kini yang semakin sibuk dengan pelbagai rutin harian, waktu tidur kadang-kala terjejas sehingga menyebabkan tubuh jatuh sakit.
Susah tidur di malam hari boleh buat kita stress dan geram! Badan dah penat, mata dah mengantuk tapi kenapa susah sangat nak tidur, esok mesti mengantuk dan rasa penat memanjang sebab tak cukup tidur. Kurang tidur sebenarnya penyebab utama kita susah fokus pada kerja, buat kita serabut dan nak marah.
Sebab itulah tidur yang cukup itu penting! Tapi bagaimana nak mendapatkan tidur yang cukup apatah lagi lena.
Lakukan olahraga minimal dalam seminggu boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa cemas serta depress. Olahraga di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.
Segera matikan lampu saat hendak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuat kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Hindari memilih lampu yang warnanya putih terang seperti neon kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.
Padam tv/komputer/laptop. Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememenagnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.
Jika hobi membaca buku sebelum tidur, gantikan dengan bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!
Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.
Amalkan pengambilan supplemen sebelum tidur. B Complex boleh mengurangkan stress kita dan menggalakkan kesihatan jantung. Manakala Vitaleapula boleh memberi kita kecerdasan otak, melegakan penghadaman dan untuk pertumbuhan sel baru yg lebih sihat.
Minum air yang banyak dan sekurang-kuangnya segelas air masak sebelum tidur.
Cubalah secawan teh chamomile. Minuman herba boleh mengurangkan kebimbangan yang mungkin menyebabkan kesukaran tidur.
Boleh cuba minuman lain – Cuba Amalkan 7 Minuman Ni Kalau Anda Susah Nak Tidur Malam…
Cuba mandi sebelum tidur. Ini boleh membantu mennenangkan minda.
Wujudkan persekitaran yang selesa. Pilih tilam yang sempurna, bedsheet, persekitaran yang baik ataupun sistem penghawa dingin dipasang dengan baik, jika gunakan kipas pastikan tidak bising.
Dengar muzik yang menenangkan. Ia boleh meningkatkan kualiti tidur, cuba dengar muzik klasik, rakyat, atau kontemporari atau muzik lain yang mampu menenangkan anda.
Tetapkan masa bangun dan tidur setiap hari. Tidur pada masa yang sama setiap hari adalah idea yang baik untuk menjaga masa bangun tidur yang konsisten – walaupun pada hujung minggu. Tidur tidak teratur boleh menyebabkan anda penat di siang hari.
Minum sesuatu yang hangat. Minuman panas seperti segelas susu panas, coklat panas ataupun teh dapat berikan ketenangan.
Elakkan atau jangan tidur memandang ke arah jam. Jika anda sentiasa memandang ke arah jam tanpa sedar minda anda juga bergerak, anda membayangkan perkara yang terjadi pada hari esok.
Semoga tips ini membantu!