Bentuk jawline tajam atau V bukan sahaja menjadi perhatian pada para model dan selebriti. Sejak diperkenalkan sebagai ‘aset cantik’, ramai yang mengejar untuk mendapatkannya. Rahang yang berbentuk terletak elok untuk menghasilkan potret terbaik tidak kira dari pelbagai sudut, hadapan atau tepi.
Tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu boleh berbentuk. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ianya kriteria yang biasanya menjadi idaman. Sebagai contoh, lihat Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James dan aktres, Keira Knightley wajah mereka cukup mengagumkan.
Ramai yang tertanya-tanya hanya individu tertentu sahajakah boleh memiliki jawline seperti mereka? Ada yang memilikinya secara semulajadi dan ada juga yang perlu sedikit ‘senaman’. Jadi, semua orang boleh mendapatkan bentuk jawline yang diidamkan. Wanista kongsikan dengan anda, rutin terbaik untuk menonjolkan rahang anda.
#1 Senyum!
Ternyata senyum bukan sahaja pembangkit mood malah senaman untuk mengejutkan otot-otot muka. Otot dan bahagian muka ternaik saat anda senyum.
#2 Ketap gigi
Teknik ini dapat memberi hasil rahang lebih berbentuk. Apa yang harus anda lakukan mengetap gigi sambil menegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Kemudian lepaskan dan kembali lakukan sebanyak mana anda mampu. Lama-kelamaan anda nampak perbezaannya.
#3 Buat bibir ikan
Comelkan bila muncungkan bibir macam ini untuk swafoto tapi dalam pada yang sama ia boleh membentuk otot dibahagian rahang anda. Jadi buat sekerap yang mungkin!
#4 Hapuskan double-chin
Buang dahulu lemak lebihan di dagu anda untuk bentuk jawline yang sempurna. Guna teknik ini untuk ucapkan selamat tinggal kepada double-chin: 8 ‘Senaman Dagu’ Gerenti Hapus “Double Chin”!
#5 Kurangkan pengambilan garam
Makanan yang masin atau tinggi garam penyebab bentuk badan menjadi ‘bengkak’ atau buncit. Nak cantik kat muka pun kena amalkan gaya pemakanan sihat yang menyeluruh.
#6 Dapatkan tidur yang cukup
Bukan sahaja pemakanan, malah gaya hidup juga beri faktor perubahan pada diri anda. Waktu tidur atau rehat tidak cukup boleh buat muka anda tampak penat dan sembab. Jawline? Lupakan sahaja.
Selain itu, mereka yang memiliki jawline tajam dikatakan mempunyai karakter yang kuat dan sentiasa menjadi pujaan ramai. Eh betul ke atau ini hanya auta?
p/s – anda pun boleh guna produk viral dunia ini. Baca: Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail