Setiap objek memiliki nilai tersendiri malah kadang-kala disebaliknya mungkin terselit cerita yang tidak diketahui menjadikan ia barangan berharga, seperti nota yang mengandungi tulisan cendekiawan terkemuka Albert Einstein ini.
Pada tahun 1922, Albert pernah mengembara ke Jepun sebelum beliau mendapat perkhabaran gembira bahawa dirinya bakal dianugerahkan hadiah Nobel bagi tahun 1921.
Sebaik ketibaannya di Tokyo, Albert mengurungkan dirinya dalam bilik hotel dan cuba mencurahkan idea di sehelai kertas. Saat itu jugalah loceng biliknya berbunyi dan dikejutkan dengan kehadiran petugas servis hotel (bellboy) untuk membuat penghantaran kepadanya. Walau bagaimanapun, waktu itu Albert menyedari yang dirinya tiada wang tunai untuk diberi sebagai tip kepada petugas hotel berkenaan.
Sebaliknya, beliau menggantikan bayaran tip dengan nota yang sempat dinukilkannya di atas kertas tadi.
Nota itu ditulis dalam tulisan German berbunyi:
“A calm and humble life will bring more happiness than the pursuit of success and the constant restlessness that comes with it”. -Albert Einstein
“Kehidupan yang tenang dan merendah diri akan membawa lebih banyak kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan dan kegelisahan berterusan yang datang dengannya “.
Menurut sumber, Albert memberitahu petugas hotel tersebut untuk menimpan nota yang mengandungi sepotong ayat nasihat tulisannya itu dan sempat berkata bahawa suatu hari nanti nilainya adalah jauh lebih berharga daripada jumlah bayaran tip.
100 tahun kemudian, terbukti kata-kata Albert adalah benar belaka apabila sepupu kepada petugas hotel yang memiliki nota Albert Einstein itu menghubungi pihak rumah lelong untuk menjual nota terbabit pada harga mencecah RM8 Juta.
Sehingga kini, nota tersebut dilaporkan sudah mempunyai pembeli namun identitinya dirahsiakan.