Menurut laporan eksklusif yang dipetik daripada Berita Harian Online, pelakon kecil molek Emma Maembong membuat satu pengakuan sahih bahawa dia dan teman lelakinya yang juga seorang pelakon dan pengacara iaitu Kamal Adli sudah pun menamatkan percintaan mereka. “Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus.”
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong, 25, sama sekali tidak menolak untuk mengaitkan isu keretakan hubungannya dengan Kamal Adli berpunca daripada orang ketiga, Zahirah Macwilson.
“Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.
“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.
“Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,” jelas Emma.
Tonton Babak Romantis Kamal Adli & Zahirah Macwilson Dalam Duda Pujaan Dara
https://youtu.be/7xHKEQ6eeu4?t=16m4s
Sudah bercinta sejak tiga tahun dahulu, pada awalnya Emma enggan berterus-terang mengenai ceritera cintanya bersama aktor itu namun baru-baru ini tampil mendakwa bahawa dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.