Percutian ini sebenarnya banyak jenisnya, ada yang suka mengembara dan ada yang lebih suka terperap dalam kawasan hotel. Tak jadi masalah apa jua cara kamu melepaskan stres janji naik flight guna duit sendiri bukan?!
Pada anda yang lebih sukakan percutian yang menenangkan tanpa perlu banyak jadual perjalanan a.k.a dalam pusat penginapan seperti resort atau villa. Nah, Wanista senaraikan 6 resort cantik sekitar Asia Tenggara.
Dekat-dekat dengan negara jiran kita sahaja… Ada resort di tepian pantai dan malah ada juga yang dalam rimba. Bersedia untuk berangan ya!
#1 Four Seasons Tented Camp Golden Triangle, Chiang Rai, Thailand
Keunikan: Berada ditengah hutan diantara sungai Mekong sempadan negara Thailand, Myanmar dan Laos. Penginap boleh menjalankan aktiviti birdwatching dan menghadiri makan malam unik di Nong Yao dimana pavilion terbuka. Bilik resortnya pula seperti didalam khemah tapi versi mewah okay!
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
#2 Viceroy Bali, Indonesia
Keunikan: Resort mewah ini uniknya berada di pinggir tebing dan menyajikan pemandangan sawah padi dan bukit-bakau. Kemewahan resort beri rasa seolah olah anda dari kerabat kerajaan Bali dan berada dipuncak dunia.
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
#3 Banyan Tree Lang Co, Vietnam
Keunikan: Berhampiran dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO Huế dan Hoi A. Resort ini terletak dikawasan luar bandar dengan pemandangan pantai dan gunung-ganang dalam satu masa.
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️
#4 Song Saa Private Island, Kemboja
Keunikan: Resort pertama di Kemboja ini dibina disebuah pulau persendirian. Selain boleh berehat, menikmati pemandangan laut anda juga boleh melihat pelbagai khazanah alam flora. Resort atas air ini sesuai untuk percutian bebas stress.
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️
#5 Amanpulo, Filipina
Keunikan: Pasir putih umpama mutiara di Pulau Pamalican memang jarang diterokai. Resort Amanpulo menjanjikan aset alam laut yang terbentang luas.
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
#6 Four Seasons Langkawi, Malaysia
Keunikan: Dekorasi resort ini diinspirasikan dari Instana Alhambra dengan sedikit rasa kampung Melayu. Suasana resort privasi ini lengkap lautan biru dihadapan dan belakangnya pula hutan rimba. Resort ini juga berhampiran dengan Tapak Geopark UNESCO.
Kadar ⭐️: ⭐️⭐️⭐️⭐️
Masih terdapat banyak lagi resort menarik di Asia Tenggara, namun penulis senarai 6 resort yang membuatkan penulis ingin honeymoon disini. Eh?!