Kini hampir setiap hari hujan turun. Mungkin anda terpaksa melewati hujan dengan terjebak dalam trafik di jalanan, sendirian di rumah menikmati teh panas, stuck di pejabat mahupun kampus tanpa boleh ke mana-mana, berada dalam pengangkutan awam mendengar muzik pilihan untuk pulang ke rumah dan pelbagai lagi dilalui ketika hujan.
Orang kata hujan membawa nostalgia kepada kenangan masa lalu, betul ke? Malah, ada segelintir individu mengalami perubahan mood secara tiba-tiba saat turun hujan? Terdapat satu kajian yang dilakukan di Tokyo University mendapati bahawa mendengar lagu-lagu sedih merupakan cara terbaik untuk meningkatkan mood kita lebih-lebih lagi di kala musim hujan. Dan ini beberapa playlist lagu Korea yang penulis rasakan sesuai didengar di kala musim hujan. Alunan suara disertai irama lagu cukup mengasyikkan halwa telinga.
1. Let’s Not Fall In Love – BigBang
One of my favourite! Melodi, lirik, muzik video – semuanya aesthetic.
2. I’m Young – Nam Taehyun
Angelic voice oleh Nam Taehyun menjadikan lagu ini cukup sempurna sekali. Walaupun kita mungkin tidak memahami lirik tapi dengan mendengarkan melodi, kita seperti dapat merasai perasaan yang dialami penyanyi ini.
3. 11:11 – Taeyeon
Mungkin ramai lebih menyukai I atau Rain tetapi penulis memilih 11:11 kerana rentak akustiknya yang simple tetapi cukup mengasyikkan bila mendengarnya.
4. Stay – Blackpink
Stay mengingatkan penulis kepada lagu country Taylor Swift. Sambil mendengar, mulut anda turut sama menyanyi bahagian chorus “Lalalalalalala…”
6. Lonely – Hyolyn
Penulis sukakan suara Hyolyn, – serak berlemak, cukup sedap didengar di halwa telinga.
7. Through the Night – IU
Perlu ke jelaskan lagi betapa gemersiknya suara IU, setiap lagunya memang membuatkan kita dibuai. Yang pasti anda akan jatuh cinta setiap kali mendengar suara IU.
8. Who Do You Love – The Black Skirts
The Black Skirts tidak pernah mengecewakan penulis. Setiap satu lagu mempunyai penceritaan yang tersendiri, diikuti dengan melodi, vokal dan juga lirik, simple tetapi indah sekali bila didengar.
9. Spring Day – BTS
One of my favourite song from BTS! Lirik tentang persahabatan yang cukup bermakna, jalan cerita muzik video disertai sinematografi dan wardrobe yang terlalu cantik dan indah.
10. Beautiful – Crush
Amazing melody, beautiful voice!
Dan juga Breathe – Lee Hi
Kebelakangan ini penulis asyik mendengar lagu yang dicipta oleh mendiang Shinee Jonghyun. Lirik yang cukup memberi kesan. Anda cuba mendengarnya..
Ini antara playlist yang penulis kerap dengar ketika musim hujan. Anda pula bagaimana? Lagu apa yang menjadi pilihan?