Pernah dengar “Ice Bucket Challenge”? Aktiviti itu viral hingga ke seluruh dunia di mana seseorang akan merelakan dirinya dicurah dengan sebaldi ais untuk merasakan sensasi kesejukan yang teramat walhal, pada mulanya ia adalah satu aktiviti kempen yang dianjurkan sebuah organisasi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang sejenis penyakit saraf yang dipanggil ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis).
Lain pula dengan selebriti Hollywood yang seorang ini kerana sanggup menahan sejuk, merendamkan wajahnya ke dalam semangkuk air berais setiap pagi. Ia dikatakan dapat mengetatkan kembali pori-pori wajah dan dalam masa yang sama menghilangkan sembab mata selepas bangun tidur!
BACA: Rawatan Kiub Ais Rahsia Kecantikan Wanita Iceland. Mesti Cuba!
Gabrielle Union mengaku sendiri sewaktu dia disoal tentang petua kecantikan yang diamalkannya demi mendapatkan kulit sekata dan halus biarpun tidak bermekap tebal.
Jelas beliau yang kini tinggal di daerah Los Angeles, “Saya akan ulang alik hampir setiap minggu dari Miami ke Los Angeles bahkan kadang-kala akan ke Atlanta. Kawasan-kawasan ini beriklim panas!
“Oleh itu, rutin penjagaan kulit saya haruslah bersesuaian dengan keadaan hormon dan persekitaran,” tambahnya.
Mengulas lanjut, “Saya akan merendamkan wajah saya dalam satu bekas air berais yang sangat sejuk sehingga buatkan diri saya berasa hampir mati!
“Cara ini bukan sahaja akan buatkan tubuh berasa segar sekaligus mampu mengecutkan penampilan pori-pori wajah -buatkan kulit terasa halus, di samping kesembapan mata juga beransur hilang,” katanya lagi.
Ha… mungkin korang boleh cuba tips penjagaan wajah pelik seperti yang dikongsikan aktres jelita berkulit hitam si Gabrielle Union!
BACA: Dark Is Pretty! Ketahui Kelebihan Miliki Kulit Gelap
Selamat beramal! ❤️