Sebenarnya banyak cara nak jadi flawless sekarang. Kalau buat carian di Google pelbagai tips terkini berkenaan untuk mendapatkan kulit tanpa sebarang masalah. Memang impian semua wanita untuk mendapatkan kulit flawless dan cerah, bila nampak orang kulit flawless mulalah galak bertanya apa rahsia mereka.
Kalau anda betul-betul hendak tahu apa rahsia sebenar untuk mendapatkan kulit flawless? Teruskan membaca…
Ini 7 rutin yang tidak pernah ditinggalkan oleh orang berkulit flawless..
#1 Minum Air
Hanya minum air kosong sahaja! Amalan meminum air kosong yang mencukupi dapat mencegah kesan hidrasi dan kulit kekal lembab dan lembut.
#2 Selamat Tinggal Gula
Tinggalkan segala minuman manis kecuali jus buah-buahan sebenar tanpa gula. Pemgambilan gula yang banyak boleh membahayakan tubuh badan. Hati-hati!
#3 Tidur Kena Cukup
Hasil kulit yang hebat bermula dengan bangun tidur waktu tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan akan dapat rasai perubahannya.
#4 Jangan Sesekali Merokok
Bukan sahaja membahayakan kesihatan dari dalam malah diluar. Kesan dari merokok juga menyebabkan kulit tampak lebih tua dari usia.
#5 Cuci Muka Guna Air Sejuk
Segarkan kalau cuci muka dengan air sejuk? Bukan itu sahaja, liang pori terbuka secara semulajadi dan membenarkan kulit untuk bernafas.
#6 Berpeluh
Rajinkan bersenam aktif untuk berpeluh bagi mengeluarkan toksik-toksik terkumpul.
#7 Bijak Tangani Stress
Jika selalu dibelengu stress ia boleh membawa kepada masalah kesihatan kulit. Jadi pastikan anda tahu cara untuk membahagikan masa dan belajar untuk mengawal emosi.
Inilah perkara yang selalu orang kulit flawless buat. Jadi hendak buat atau tidak, itu semua terserah kepada diri anda…