Melihatkan keadaan masyarakat masa kini yang gemar menikmati snek mudah mengenyangkan secara ringkas, Nuvend Sdn Bhd tampil melancarkan ProYo iaitu snek gabungan yogurt dan khasiat protein berbentuk minuman smoothie ynag boleh dibeli menerusi mesin layan diri!
Mesin layan diri minuman smoothie yang dipanggil “FitGo Smoothie” itu adalah inovasi kelahiran Malaysia yang memberi pilihan kepada pengguna untuk menggantikan pengambilan protein makanan dengan protein yang bersumberkan buah-buahan dan sayuran.
Dengan wang kertas berjumlah RM10, pelanggan boleh menikmati satu cawan minuman campuran yogurt sihat dalam sekelip mata!
Menurut pengasas FitGo Smoothie, Jess Lin, ramuan yang diguna pakai untuk penghasilan ProYo berbentuk kiub tersebut adalah berasaskan sumber alam dan segar diambil terus dari pengusaha ladang serta pembekal buah-buahan dan sayuran terpilih. Bukan itu sahaja, kebersihan dan kualiti sumbernya juga terjaga bahkan dipotong dan ditimbang merujuk kepada resepi agar saiz hidangan bagi setiap cawan seimbang dan memiliki rasa yang sama.
Terdapat tujuh perisa campuran pilihan dan kadar kalori yang terkandung dalam setiap cawan adalah sekitar 192 hingga 236 kalori disertai 12g protein.
Kini anda boleh nikmati FitGo Smoothie di enam lokasi terpilih:-
- Dpulze Shopping Centre Cyberjaya
- Etiqa Twins
- Jaya 33 Shopping Mall
- Menara KH
- Monash University
- Menara Tokio Marine
Tonton Tutorial Penggunaan Mesin Layan Diri FitGo Smoothie
Untuk keterangann lanjut, sila klik [www.fitgosmoothie.com] atau lawat laman Facebook FitGo Smoothie di [www.facebook.com/fitgosmoothie].