Suatu masa dahulu, gadis kecil ini pernah mencipta kontroversi selepas dilabel “kanak-kanak paling cantik di dunia” dan bergambar sensual untuk majalah berprestij Vogue Paris di usia muda 10 tahun.
Ketika itu, ramai tidak bersetuju dengan gelaran yang diberikan kepadanya kerana usianya yang terlalu mentah untuk mengetahui perihal kecantikan.
Kini, Thylane Blondeau, 16, bergelar model Perancis terpilih di antara yang duduk di barisan hadapan di pertunjukan fesyen Michael Kors sempena NYFW. Rata-rata kamera tertumpu padanya yang kelihatan edgy dengan animal printed blouse.
Walaupun masih muda, dia telah menandatangi kontrak bersama IMG, duta jenama L’Oréal dan wajah minyak wangi untuk pereka Perancis Lolita Lempicka.
Dia juga muncul dalam kempen Dolce & Gabbana Spring Spring 2017 bersama Zendaya, Lucky Blue Smith, dan Presley Garber, bahkan berjalan untuk jenama yang sama pada awal tahun ini.
Tapi memang tak dinafikan Thylane Blondeau ni memang cantik semula jadi tanpa sebarang mekap. Beruntung sangat!