Bad day? Tapi kalau anda lihat muka kucing ini makin bertambah buruknya hari anda. Kenapa?
Kenali si garang Shamo, seekor kucing yang sudah lebih setahun tinggal di tempat perlindungan kucing Tokyo dan nampaknya dia terusan tidak gembira dengan kehidupannya di sana. Tak percaya? Lihat sahaja mukanya yang ‘tidak puas hati’ itu.
Shamo mempunyai akaun Twitter (@shamo_girl) dan pada awalnya ramai tidak mempercayai raut wajah bengis pada Shamol, ada yang merasakanya ianya photoshop.
Lama-kelamaan bila dilihat pada koleksi gambar Shamol, baru mereka mempercayai dan ada yang mempersoalkan kenapa Shamo bengis sebegitu sekali dan menyamainya seperti Resting Bitch Face.
Muka tak puas hati.
Rasanya kalau senyum mesti comel Shamol ni.
Mungkin itulah keunikan Shamol, muka bengisnya…