Memang ramai yang rindu dengar celoteh pengacara ‘otai’ yang seorang ini!
Terkini, nama beliau sekali lagi disebut-sebut ramai apabila dipilih untuk mengacarakan rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar yang akan dipancarkan secara langsung bermula 17 September nanti.
Pernah mengacara selama lima musim berturut-turut dalam program pertandingan nyanyian realiti yang digemari rakyat Malaysia itu, sehingga tahun sudah, AF sudah berjaya melahirkan seramai 179 orang alumni sepanjang 13 musim sejak 2003.
Lapor portal My News Hub semalam, Aznil atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Nil itu bakal menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik demi mengimbau kenangan bersama kesemua 24 peserta yang terlibat.
“Saya mungkin tidak boleh menyaingi pengacara selepas saya meninggalkan AF tetapi yang pasti menerusi program ini saya akan kembali membawa kenangan bersama semua peserta.
“Ia tanggungjawab yang besar dan Insya-Allah saya akan galasnya dengan baik,” katanya dipetik laporan mStar Online.
Pemilihan peserta AF Megastar adalah berdasarkan prestasi terkini dalam pusingan yang telah diadakan secara tertutup manakala bekas juara pula secara automatik diserap semula.
“Semua 24 peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk berentap untuk melayakkam diri ke peringkat seterusnya dan hanya 12 peserta akan dipilih.
“Bagi konsert prelude markah adalah daripad juri profesional sepenuhnya manakala konsert mingguan 40 peratus undian SMS dan online selebihnya juri,” ujar Aznil.
Bekas pelajar AF yang terlibat adalah:
- Rosma (AF1)
- Zahid (AF2)
- Adam (AF2)
- Anding (AF2)
- Bob (AF2)
- Amylea (AF3)
- Idayu (AF3)
- Marsha (AF3)
- Faizal (AF4)
- Mila (AF5)
- Nubhan (AF6)
- Aril (AF7)
- Shahir (AF8)
- Adira (AF8)
- Amir Jahari (AF9)
- Faizul (AF2013)
- Azhar (AF2013)
- Indah (AF2013)
- Firman (AF2014)
- Ewal (AF2014)
- Syamel (AF2015)
- Amir (AF2016)
- Ara (AF2016)
24 peserta ini akan berentap pada Konsert AF Homecoming bagi memilih hanya 12 yang terbaik antara mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.
Untuk edisi ini, Datuk Ramli MS dan Syafinaz akan menjadi juri profesional tetap dan setiap minggu akan ada seorang lagi juri undangan.