Fresh sekali kembali hit dengan produk terbaru Vitamin Nectar Moisture Glow Face Cream. Krim muka yang diperkaya dengan vitamin dari buah-buahan kompleks. Ia menjanjikan kelembapan kulit dan wajah berseri sihat dengan formula ringan.
Krim dengan bauan segar buahan sitrus membantu melembutkan dan mengurangkan tanda-tanda kulit penat jadi wajah anda serta merta kelihatan lebih segar dan awet muda!
Kandungan kompleks Vitamin C, E dan B5; ekstra buah oren dan lemon dan juga mineral memberi kesan kulit berseri. Selain itu, bahan utama dalam buah-buahan sitrus iaitu glusoyl hesperidin, dapat melawan masalah kulit penat.
Dalam penggunaan 1 bulan*…
- 88% pengguna berkata ia memberi efek sihat berseri
- 85% berkata kulit mereka lebih segar
- 95% berkata kulit lebih lembut dan halus
- 90% merasai kulit lebih lembab dan segar
Dapatkan Fresh Vitamin Nectar Moisture Glow Face Cream di butik Sephora Malaysia atau di laman sesawang sephora.my.