Alhamdulillah, selepas setahun lebih berumah tangga sejak 20 Mac tahun lalu, Pelawak dan Pengacara Nuur Jihan Muse akhirnya dikhabarkan sedang hamil empat bulan!
https://www.instagram.com/p/BX0eH64lvVT/?hl=en&taken-by=jihanmuse
Jihan mendedahkan sendiri berita gembira tersebut secara eksklusif, menerusi rancangan hiburan MeleTOP malam semalam ketika menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara bersama Nabil berikutan Neelofa yang masih berada di Amerika Syarikat atas tuntutan kerja.
Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja,” kata Jihan di rancangan MeleTOP.
Secara berseloroh, Jihan mengatakan anak yang sedang dikandung olehnya merupakan anak ‘made in France’.
“Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.
“Kepada yang berteka teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya lagi.
Jihan, 34, berkahwin dengan aktor Ungku Hariz, 32, selepas sembilan tahun menyulam kasih.
https://www.instagram.com/p/BVyeu0zFUdb/?hl=en&taken-by=jihanmuse