Selepas ini tiada lagi sorakan dan debaran untuk melihat pelari pecut dunia Usain Bolt beraksi di temasya sukan gemilang seperti Olimpik dan sebagainya.
Usain Bolt secara rasminya menamatkan karier beliau sebagai olahragawan dan pemenang pingat emas lapan kali di Sukan Olimpik dan pernah meraih 14 pingat di peringkat kejohanan dunia sejak mula beraksi di Helsinki pada tahun 2005.
Walaupun mengalami kekejangan hamstring pertengahan larian acara 4x100m berganti-ganti didalam perlumbaan terakhirnya kejohanan dunia, beliau tidak rasa ia akan mengubah pencapaian kariernya.
Bagi beliau menang atau tidak dalam kejohanan ini tidak mampu mengubah apa-apa yang pernah beliau lakukan dalam dunia sukan.
“Saya masih ingat selepas tewas dalam 100m, seseorang berkata kepada saya ‘Usain, jangan bimbang, Muhammad Ali juga tewas dalam pertarungan terakhirnya, jadi jangan tertekan'”
Ramai peminat sukan olahraga pasti rindu dengan larian Usain Bolt yang bertenaga dan pantas. Tak lupa juga aksi-aksi mencuit hati beliau di trek. Selamat tinggal Usain dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini!